ISI KANDUNGAN
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1.0 PENGENALAN
2.0 PROJEK PEMBANGUNAN
2.1 LATAR BELAKANG PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
2.2 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PROJEK PERUMAHAN RAKYAT
2.3 TEMPAT PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN DI JALANKAN
2.4 GAMBAR
3.0 ISU KONTROVERSI, DAN NILAI DAN ETIKA
3.1 ISU PERTAMA ‘TIADA SPESIFIKASI PERUMAHAN’
3.2 ISU KEDUA ‘PENGABAIAN KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KESELESAAN’
3.3 ISU KETIGA ‘PECAH AMANAH DAN PENIPUAN’
3.4 CARA PENYELESAIAN
3.5 IMPLIKASI DARIPADA ISU YANG TIMBUL
4.0 KESAN ATAU IMPAK YANG TIMBUL TERHADAP PIHAK PENTADBIRAN ATAU PENGURUSAN
4.1 HURAIAN IMPLIKASI
4.2 CADANGAN PENYELESAIAN ALTENATIF
RUJUKAN
|
1
2
2
3
3
7
8
8
9
10
11
15
16
16
17
|
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai usaha telah di jalankan untuk membangunkan Malaysia setanding negara-negara maju. Malaysia mengamalkan perancangan yang berperingkat dimana Rancangan Malaysia telah di rancang dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah di jalankan dan dilaksanakan. PPRT merupakan salah satu program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) untuk membasmi kemiskinan. Kumpulan kami telah memilih satu projek dibawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) khususnya di Paroi, Seremban.
Tajuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) menjadi pilihan kumpulan kami kerana terdapat isu-isu yang kontroversi walaupun projek ini telah banyak yang berjaya di tempat lain. Di antara isu yang timbul ialah rumah rakyat hanya menyediakan sebuah bilik tidur? Mengabaikan kebajikan, keselamatan dan keselesaan penghuni rumah pangsa rakyat? Pengagihan skim tidak di terima oleh pemohon? Persoalannya wajarkah isu ini timbul dalam projek yang terancang ini?
Nilai dan etika yang menjadi isu kontroversi ini ialah kejujuran, disiplin, komitmen, agama dan perkauman. Hal ini merujuk kepada pemaju atau pengusaha yang tidak memelihara dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut agama, undang-undang serta mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan impak akibat daripada tindakan yang dilakukan sama ada betul atau tidak, baik atau buruk kepada rakyat.
Pengajaran yang boleh di pelajari ialah kita mesti menanamkan sifat amanah dan jujur dalam diri sendiri. Melahirkan nilai-nilai murni dalam amalan bekerja. Kita juga mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas agar tidak menganaiya orang lain dengan melakukan semua kerja serta memikirkan impak kepada semua.
2.0 Projek Pembangunan
2.1 Latar belakang projek perumahan rakyat
Menerusi belanjawan 2001, RM 797 juta telah diperuntukkan bagi projek perumahan rakyat. Projek Perumahan Rakyat ini dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara, daripada jumlah itu, RM 634.8 juta adalah untuk meneruskan projek perumahan rakyat (PPR). Menurut Menteri Perumahan, Datuk Ong Ka Ting, daripada projek itu juga sebanyak 35,000 unit adalah untuk kawasan Lembah Klang yang bertujuan untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan.
Projek pembangunan yang mahu dikupas oleh kumpulan kami ialah mengenai isu projek perumahan rakyat (PPR). Sebagaimana yang telah diketahui, kediaman merupakan keperluan asas setiap manusia yang mana rumah dijadikan tempat perlindungan untuk memberi ketenteraman dan keselesaan kepada penghuninya menetap. Kediaman juga diterima pakai sebagai sebuah hak asasi manusia.
PPR dibina dan diberi peruntukkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu rakyat termiskin dan golongan bawahan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membeli dan menyewa rumah sendiri. Projek ini juga dengan kata lain lebih dikenali sebagai PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) yang telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan telah memperuntukkan wang yang begitu banyak untuk memberi kemudahan dan kesenangan dengan melaksanakan projek perumahan ini, seterusnya diberi kepada mereka yang tidak berkemampuan bagi meringankan beban mereka. Jabatan dan agensi pelaksana harus selaras dalam pembinaan PPRT bagi memastikan keberkesanan projek perumahan yang dilaksanakan itu tidak bertindan antara satu projek dengan projek yang lain.
2.2 Pihak-pihak yang terlibat dalam projek perumahan rakyat
Kerajaan memainkan peranan yang cukup penting dalam meningkatkan taraf hidup rakyat miskin ke arah yang lebih baik selaras dengan hasrat kerajaan terutama dalam merealisasikan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020. Pihak-pihak penting yang memainkan peranan dan terlibat dalam membangunkan program PPRT agar berjaya dilaksanakan ialah Kementerian Perumahan dibawah pimpinan Dato Ong Ka Ting, pihak pemaju, kerajaan negeri, LPPB, Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta Jabatan Perancang Bandar. Tanpa agensi-agensi ini program pembangunan PPR terbabit tidak mungkin dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan berjaya dengan mudah. Oleh itu pemaju projek-projek perumahan diminta untuk menyiapkan pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk PPR. Seterusnya, kontraktor yang dilantik harus mematuhi peraturan dan syarat-syarat termasuk menyiapkan projek perumahan mengikut jadual yang ditetapkan. Hal ini bertujuan agar tidak mendatangkan masalah dan kerumitan kepada rakyat yang memerlukan bantuan perumahan ini.
2.3 Tempat projek pembangunan perumahan di jalankan
PPRT merupakan salah satu dasar kerajaan dalam menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan selesa untuk diduduki oleh penduduk terutama golongan yang kurang berkemampuan dan dikategorikan sebagai rakyat miskin. Dasar kerajaan ini merupakan dasar terbaik yang menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Persoalannya penyediaan rumah terbabit amat terhad, tidak memadai dengan bilangan penduduk yang seharusnya layak untuk menerima bantuan tersebut. Rumah-rumah ini hanya dibina dalam jumlah yang kecil iaitu 11 buah rumah dalam setiap tahun untuk satu-satu kawasan Dewan Undangan Negeri.
Perkara ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk kampung sekitar Paroi kerana kebanyakkan daripada mereka layak untuk menerima bantuan tersebut. Hal ini terjadi disebabkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan tidak mencukupi dalam kerja-kerja membina rumah terbabit akibat disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh hal demikian kerajaan seharusnya mengkaji semula pemberian peruntukan kepada rancangan perumahan PPRT ini bagi mengelakkan masalah yang lain timbul akibat ketidakpuasaan rakyat amnya. Dengan adanya rumah yang sempurna, maka masyarakat yang berpendapatan rendah ini dapat menikmati suasana kehidupan yang harmoni bersama keluarga dan juga penduduk setempat yang lain. Dengan itu rakyat mampu membina institusi keluarga yang teguh dan berdaya tahan bagi mencapai satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan penyayang.
Dalam tempoh rancangan Malaysia yang ke-8, kerajaan telah mempercepatkan projek pembangunan perumahan bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin meningkat terutama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. Dalam rancangan Malaysia ini juga (2001-2005), sejumlah 615 000 unit rumah telah dibina termasuklah termasuklah di Paroi kerana telah berlaku pertambahan keluarga dalam masyarakat pada masa kini. Setiap perlaksanaan projek haruslah memberi penekanan kepada peningkatan kualiti rumah yang dibina dan menyediakan lokasi yang sesuai supaya dapat mewujudkan suasana hidup yang selesa dan juga mengambil kira akan aspek keselamatan penghuninya.
Bagi membolehkan kejayaan ini mudah tercapai, kerajaan negeri haruslah bekerjasama dengan kerajaan pusat, terutamanya dengan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan supaya pembinaan rumah yang mahu dijalankan dapat disegerakan tanpa mendatangkan masalah untuk membantu rakyat yang susah serta tidak mempunyai tempat perlindungan terutama warga emas yang tidak mempunyai anak dan juga tempat untuk bergantung hidup yang mana kehidupan merka hanya bergantung terhadap ehsan orang lain. Pembinaan rumah ini juga dapat menyelesaikan dan menghapuskan masalah setinggan di kawasan terbabit yang mana banyak dihuni oleh pendatang tanpa izin dan juga masyarakat setempat. Petempatan ini sering dikaitkan dengan gejala tidak sihat dengan aktiviti yang tidak bermoral yang boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni sekitarnya seperti kecurian dan juga suasana bising. Apabila wujudnya setinggan akan mengakibatkan persekitaran yang tidak bersih dan kawasan tanah lapang yang terhad Justeru dengan terbinanya PPR, maka ia dengan sendiri mampu membantu pihak berkuasa keselamatan menjalankan tugas untuk menangani masalah tersebut.
Pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin ini berasaskan sistem pengawasan pembangunan perumahan yang bersepadu yang telah dipraktikan dan diamalkan bagi memudahkan pemantuan dan penyelesaian masalah pembangunan. Menerusi sistem ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Negeri dapat merekodkan butir-butir perlaksanaan projek yang diluluskan lesen oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan supaya pemantauan projek dapat dibuat dengan lebih sistematik. Atas keperihatinan pihak kerajaan juga terhadap rakyat negeri ini, sebanyak 420 unit rumah telah dibina untuk memenuhi keperluan penduduk yang berpendapatan rendah yang dikategorikan sebagai rakyat miskin dan juga untuk membantu golongan ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan.
Penempatan ini telah diberi nama sebagai Pangsapuri Rakyat Perdana Paroi yang mana sebelum ini lebih dikenali sebagai Rumah Pangsa PPRT Paroi. Perdana Menteri ada mengatakan dengan terbinanya projek sedimikian rupa mampu memberi kepuasan kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan mereka setanding dengan golongan yang berpendapatan lebih tinggi bagi menjamin kelesaan hidup sekeluarga. Dengan adanya projek ini untuk rakyat, ia juga boleh dikelaskan sebagai rumah penyayang, kerana ia melambangkan sikap penyayang kerajaan kepada rakyat untuk menggelakkan kehidupan mereka terabai khususnya kepada golongan yang memerlukan. Walaupun demikian, penghuni yang diberi kemudahan ini haruslah bijak menggunakan kesenangan yang diberi seperti tahu menjaga kebersihan dan pandai menguruskan rumah itu sebagai tempat tinggal yang kekal kerana rumah telah menjadi hak milik mereka dan pandai menghargai pemberian yang telah diberikan.
3.0 Isu kontroversi, dan nilai dan etika
3.1 Isu pertama ‘tiada spesifikasi perumahan’
Walaupun keselesaan dan kemudahan telah di beri, masih lagi terdapat isu yang menjadi isu kontroversi dalam PPRT ini. Apa yang persoalan dan ketidakpuasaan adalah tidak mengikut spesifikasi perumahan. Kemudahan perumahan yang di beri “sekadar melepaskan batuk di tangga” iaitu dengan memberi sebuah rumah yang hanya mempunyai satu bilik tidur sahaja. Hal ini tetap menimbulkan masalah kepada mereka terutamanya yang mempunyai bilangan anak yang ramai, sedangakan anak-anak yang umur mereka meningkat kealam remaja seharusnya diasingkan tempat tidur di antara anak lelaki dan perempuan.
Ini membuktikan pengurusan proses perumahan ini tidak mengambil kira aspek agama. Jelas menunjukkan bahawa peruntukkan yang diberi oleh kerjaan kepada pihak terbabit tidak diambil kira dalam aspek ini dalam proses pembinaan, sedangkan ia amat penting untuk keselesaan penghuni terbabit.
Selain itu juga, ia turut menimbulkan masalah kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja kerana jiwa mereka menjadi memberontak tinggal didalam rumah yang keluasannya tidak seberapa sehingakan menimbulkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti mereka seperti untuk belajar dengan suasana yang lebih baik dan tenteram. Di usia remaja ini akan berlaku pembentukan nilai dan etika seseorang remaja disebut sebut ‘socialization period’. Proses ini berlaku di antara usia 13 hingga 21 tahun. Faktor persekitaran ini mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran remaja. Apabila hal ini berlaku, keputusan yang diambil oleh anak tersebut ialah mencari ketenangan di luar dengan melakukan ativiti tidak sihat seperti melepak, merempit di jalanan dan pelbagai aktiviti tidak sihat yang lain.
3.2 Isu kedua ‘pengabaian kebajikan, keselamatan dan keselesaan’
Isu kontroversi yang berlaku dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu di Seremban ialah isu yang berkaitan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang dianggap mengabaikan kebajikan, keselamatan dan keselesaan penghuni rumah pangsa rakyat di sini yang didiami golongan berpendapatan rendah.
Walau bagaimanapun isu ini di nafikan kerana berdasarkan penelitian yang di buat, PPR di Paroi masih di beri keutamaan dalam kerja-kerja penyelenggaraan. Hal ini terbukti apabila Yang Dipertua, Datuk Abdul Halim Abdul Latif, berkata keutamaan tetap diberikan bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan dua rumah pangsa terbabit, iaitu Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Lobak dan Projek Perumahan Rumah Pangsa Perdana (PRPP) di Paroi. PPRT di Lobak merupakan perumahan rakyat paling lama di beri tumpuan dari aspek penyelenggaraan.
Seterusnya pihak pengurusan juga tidak mengabaikan kepentingan keselamatan kedua-dua rumah pangsa ini. Sebelum ini, penyelenggaraan kecil telah di jalankan berdasarkan tahap kerosakan dan keperluan bangunan secara berperingkat. Mereka juga merancang membuat penyelenggaraan secara besar-besaran.
Hal ini perlu di kaji dengan lebih teliti kerana nilai kebajikan, keselamatan dan keselesaan adalah penting dalam kehidupan bermasyarakat. Projek perumahan ini bukan sahaja untuk sesuatu kaum, malah untuk semua kaum. Oleh itu, kebajikan setiap kaum perlu di jaga bagi mengatasi isu yang timbul. Kaum melayu mementingkan nilai agama, cina dengan nilai masa hadapan dan lain-lain kaum bergantung kepada pegangan kaum masing-masing.
Sebagai masyarakat Asia yang mengamalkan kehidupan secara kolektif, kawasan perumahan ini telah menunjukan kehidupan bermasyarakat dan kejiranan. PRPP Paroi seramai 400 keluarga. Mereka memerlukan perbelanjaan besar untuk kerja menyelenggaraan seterusnya MPS terpaksa mendapatkan bantuan peruntukan kerajaan Pusat yang mengambil masa untuk diluluskan.
Walaupun dua projek rumah pangsa ini didiami golongan berpendapatan rendah, ia bukan alasan untuk MPS meminggirkan kepentingan penghuninya. Malah, maklumat mengenai kerja penyelenggaraan yang dilakukan ke atas bangunan dimaklumkan kepada penduduk dan mereka memahami situasi itu. Jadi, dakwaan yang MPS mengabaikan mereka adalah tidak berasas sama sekali. Kedua-dua rumah ini terletak berdekatan kawasan bandar, penghuni juga perlu sama untuk bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga kebersihan kawasan perumahan ini. Ini juga menunjukan nilai kerjasama yang di jalankan oleh semua pihak kerana kebajikan, keselamatan dan keselesaan perlu di jaga bersama
3.3 Isu ketiga ‘pecah amanah dan penipuan’
Masih ada isu kontroversi yang lain dalam melaksanakan projek perumahan ini iaitu isu pecah amanah dan penipuan ke atas Projek Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT). Kes ini menimbulkan kekecewaan dan kemarahan orang ramai kerana wang itu adalah untuk membantu rakyat miskin. Misalnya di Kampung Bantal, Ulu Tembeling Pahang terdapat sebuah keluarga yang tinggal di pondok buruk sejak 20 tahun lalu dan kehidupannya daif. Ketua keluarga merupakan orang kurang upaya (OKU) yang hanya mengharap bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200.00 sebulan untuk menampung 7 orang anak. Dia telah memohon skim PPR sebanyak RM2000.00 untuk baikpulih rumah dan apabila permohonan di luluskan wang tidak pernah sampai ke tangannya. Akibat daripada masalah ini telah menyebabkan kehidupan sesetengah pihak terganggu dan masalah kemiskinan tidak dapat diatasi. Seterusnya menyebabkan masyarakat tidak percaya kepada pihak berkuasa. Ini jelas menunjukan pihak yang terlibat tidak mempunyai nilai dan etika dari sudut kejujuran, amanah, dan disiplin dalam proses pengurusan dan pengagihan.
3.4 Cara penyelesaian
Daripada isu-isu kontroversi ini boleh menyebabkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin akan mendapat masalah untuk dijalankan. Oleh itu, alternatif yang sesuai haruslah di cari bagi menangani masalah ini. Antara cara yang bolah dilakukan seperti memupuk masyarakat progresif, berakhlak dan harmoni bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Kejayaan dan kemakmuran yang diperolehi seharusnya dikecapi dan dikongsi bersama oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa golongan tertentu sahaja. Kerajaan sentiasa tegas dalam melaksanakan langkah-langkah pengagihan kekayaan negara yang lebih seimbang.
Pada masa yang sama, kerajaan tidak hanya menumpukan usaha untuk menambah kekayaan material semata-mata. Langkah-langkah untuk meningkatkan moral, menajamkan minda dan mengukuhkan penghayatan agama serta memupuk jalinan perpaduan dan persefahaman turut diberi penekanan utama demi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, berakhlak dan berharmoni.
Selain itu, kerajaan perlu menjamin kesejahteraan rakyat dengan cara golongan rakyat miskin akan terus diberi tumpuan khas supaya nasib mereka sentiasa terbela. Program-program yang akan boleh dijalankan termasuk pembangunan minda, tambahan makanan seimbang, peningkatan pendapatan, pembangunan masyarakat bandar, pemulihan rumah, Pembangunan Masyarakat Setempat dan Amanah Saham Bumiputra Sejahtera.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu merancang keperluan rumah awam kos rendah, mengenal pasti tapak dan mendapatkan tanah, di samping mengurus tender dan melaksanakan projek untuk dijual. Hasil penjualan rumah akan dipulang dan dimasukkan ke dalam tabung pusingan, manakala pembiayaan akhir kepada pembeli rumah tersebut akan disediakan oleh institusi-institusi kewangan tertentu. Pelaksanaan strategi baru ini akan mempercepatkan lagi pembinaan rumah awam kos rendah dan meningkatkan peluang lebih ramai golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang berkualiti dan mampu dibeli.
Memandangkan kepada perlunya program perumahan PPRT, Kerajaan perlu memperluaskan program perumahan, seperti perumahan keluarga nelayan yang telah dilancarkan baru-baru ini di Terengganu ke negeri-negeri lain dengan menggunakan dana khas. Di bawah program ini, keluarga miskin yang mempunyai tanah boleh dipertimbangkan untuk menyertai program menggunakan tabung pinjaman khas yang diwujudkan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad. Pinjaman tanpa faedah di bawah program ini adalah untuk membiayai kos pembinaan sebagai tambahan kepada geran yang akan disediakan oleh Kerajaan bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin. Oleh itu, masalah PPRT dapat diselesaikan.
Dengan adanya nilai dan etika dalam diri seseorang individu juga dapat membantu dalam segala urusan kerana nilai dan etika dapat menggalakkan pengamalan dan penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti pegawai dan anggota pentadbiran kerajaan. Nilai dan etika akan dapat menghalang daripada terjadinya masalah penyelewengan atau rasuah dalam diri seseorang individu. Nilai-nilai dan etika yang terdapat dalam diri seseorang adalah seperti amanah iaitu memelihara dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut agama, undang-ungdang dan peraturan tanpa mengambil kesempatan untuk faedah atau kepentingan diri.
Selain itu, dengan adanya kebijaksanaan akan membolehkan seseorang individu bertindak dengan penuh hemah dan rasional dengan menggunakan segala sumber yang ada ekoran pencapaian matlamat dan hasil yang berkualiti. Dengan adanya nilai dan etika akan menyebabkan seseorang mempunyai sikap telus dalam menyampaikan sesuatu melalui perbuatan kepada yang hak dan sepatutnya dengan jelas dan terbuka tanpa berselindung. Oleh itu, dengan adanya sikap ini, sebarang amanah yang diberikan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Disamping itu, dengan adanya sikap adil dalam diri seseorang individu juga membantu seseorang membuat keputusan serta melaksanakan tindakan mengikut kehendak undang-undang dan peraturan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Cara yang seterusnya mempersiapkan Belia sebagai Generasi Pelapis akan turut membantu PPRT berjalan dengan lancar. Munculnya golongan belia yang merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan memartabat dan mendaulatkan negara. Belia hari ini merupakan anak-anak pasca merdeka, pandai melaungkan merdeka, tetapi kerap tidak menjiwai erti kemerdekaan. Ini berlaku disebabkan mereka tidak mengharungi dan merasai betapa pahit dan peritnya kehidupan di bawah penjajahan dan perjuangan membebaskan negara. Sekiranya mereka tidak sedar dan memahatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri, dikhuatiri kemakmuran dan perpaduan yang kita nikmati selama ini akan hancur dan negara mungkin dijajah semula.
Oleh itu, generasi muda perlu diperlengkapkan dengan semangat perjuangan serta kemahiran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka memainkan peranan utama dalam arus pembangunan negara. Program seperti latihan kepimpinan, bina semangat dan jati diri boleh dilaksanakan di samping melahirkan belia yang berkemahiran dan berpengetahuan, terutamanya dalam bidang K-ekonomi. Oleh itu, untuk menerapkan nilai-nilai positif khusus di kalangan belia, mempertingkatkan Program Rakan Muda dengan memberi pendekatan baru supaya lebih berkesan dan melibatkan lebih ramai belia. Peruntukan juga telah disediakan oleh kerajaan untuk program ini sebanyak RM12.3 juta. Pembangunan usahawan muda juga dipertingkatkan untuk melahirkan lebih ramai belia dalam bidang perniagaan.
Program khidmat sosial negara akan diteruskan dengan melibatkan kira-kira 20,000 orang lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Program ini digubal khusus untuk membentuk satu generasi belia berketerampilan dan bersemangat patriotik, di samping mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah. Peruntukan sebanyak 11 juta ringgit akan disediakan.
Kerajaan juga mestilah membangunkan sebuah masyarakat luar bandar yang dapat memperolehi pendapatan yang tidak kurang dari penduduk Bandar dengan tujuan mampu meningkatkan taraf hidup. Ini kerana subsidi PPRT tidak dapat mengatasi masalah pendapatan yang rendah. Cara yang terbaik ialah dengan membuat kerja lain di masa lapang.
Kerajaan boleh memperkenalkan rancangan Satu Kampung Satu Industri atau One Village One Industry. Satu percubaan baru untuk mendirikan kampung tersusun yang lebih selesa sedang diuruskan di Kedah. Rumah-rumah ini akan dijual kepada penduduk tempatan dengan harga yang berpatutan supaya penduduk kampung juga akan menikmati kehidupan yang sama dengan penduduk bandar.
Dengan penyusunan semula kampung-kampung, lengkap dengan kedai runcit, kedai kopi dan lain-lain dan juga adanya kilang kecil yang mengeluarkan barangan yang boleh diterima oleh pasaran, diharap masalah pendapatan petani dan nelayan yang rendah dapat diatasi. Justeru, masalah untuk projek perumahan rakyat termiskin dapat di atasi dan projek ini akan dapat dikurangkan kerana negara penduduk sudah mampu untuk mendapatkan rumah sendiri. Oleh itu, dengan meningkatkan pembangunan penduduk luar bandar juga salah satu cara mengatasi masalah ini.
3.5 Impak daripada isu yang timbul
Akibat yang terhasil daripada kontroversi ini adalah mendatangkan masalah kepada penduduk. Antaranya boleh menyusahkan kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar. Masyarakat ini tidak dapat menikmati segala kemudahan atau peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Hal ini kerana pihak yang terlibat mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab ke atas perkara yang berlaku. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan segala peruntukan yang diberi oleh pihak kerajaan untuk kepentingan mereka sahaja. Ini menyebabkan masyarakat tidak dapat menikmati segala bentuk pembangunan dan masyarakat tidak dapat berkembang maju dan secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kemiskinan di negara ini.
Selain itu, pembangunan Negara juga akan meningkat akibat daripada masalah yang berlaku. Perkara ini terjadi disebabkan sikap tidak amanah yang ditunjukkan oleh sesetengah pihak di kalangan kakitangan awam khususnya dalam projek pembangunan. Masalah ini disebabkan oleh kurangnya disiplin dan masalah akauntabiliti yang dimiliki oleh beberapa kakitangan awam adalah lemah. Oleh itu projek-projek pembangunan terbengkalai atau tidak terbengkalai dapat diteruskan jika tiada masalah penyelewengan dikalangan pihak yang terlibat.
.
4.0 Kesan atau impak yang timbul terhadap pihak pentadbiran atau pengurusan
4.1 Huraian implikasi
Projek perumahan rakyat termiskin ini memberi implikasi terhadap pihak pentadbiran dalam mengurangkan kemiskinan tegar. Hal ini menunjukkan keprihatinan pihak pentadbiran dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kerana faktor ini menjadi keutamaan kepada kerajaan dalam memajukan negara. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui projek perumahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan apabila pelbagai komen positif yang diterima daripada rakyat tentang kejayaan projek perumahan ini. Hampir keseluruhannya, penduduk termiskin ini menyifatkan projek perumahan ini mampu mambantu melancarkan perjalanan kehidupan seharian mereka.
Projek ini juga merupakan matlamat kerajaan dalam membantu rakyat untuk memenuhi keperluan asas, di samping menikmati keselesaan hidup yang lebih sempurna. Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan projek ini, kemungkinan kehidupan rakyat tidak akan berubah dan masih berada di tahap yang sama serta keadaan ini menjadi kekangan dalam mencapai Wawasan 2020. Dengan wujudnya projek perumahan ini, kerajaan dapat mencapai matlamat serta merapatkan jurang status sosioekonomi di antara penduduk bandar dan luar bandar.
Selain itu, implikasi projek perumahan ini dapat dilihat melalui penglibatan golongan profesional seperti arkitek dan jurutera. Ini kerana perkhidmatan mereka amat diperlukan dalam memberi nasihat dan pandangan tentang ciri-ciri serta reka bentuk sesebuah rumah. Sekiranya perkhidmatan yang diberikan tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh, maka wujudlah kesan jangka panjang yang tidak diduga. Hal ini dapat dilihat apabila rumah yang baru sebulan diduduki telah mengalami masalah keretakan, kebocoran dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa pihak terbabit tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan dalam pelaksanaan perkhidmatan mereka dan bersikap sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga tanpa mementingkan aspek nilai dan etika dalam perkhidmatan.
Walaupun rakyat menerima bantuan perumahan yang diberikan, kepercayaan rakyat terhadap pihak pentadbiran akan berkurangan sekiranya pihak yang terlibat tidak melaksanakan tugas dengan baik dan beretika. Sebagai contoh, mereka memberikan kelulusan kepada individu yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dari segi kewangan pemohon. Hal ini menunjukkan bahawa pihak pentadbiran tidak berlaku adil dalam proses meluluskan permohonan perumahan rakyat termiskin ini.
4.2 Cadangan Penyelesaian Alternatif
Cadangan utama yang boleh diambil untuk menyelesaikan atau mengurangkan masalah perumahan rakyat termiskin ini adalah melalui pemberian bantuan dari segi kewangan. Kewangan merupakan sumber penting bagi meneruskan kehidupan seharian kerana dalam era globalisasi ini wang semakin diperlukan dalam semua perkara. Pepatah juga turut menyatakan bahawa kalau tidak berwang, ke mana pergi akan terbuang. Hal ini menunjukkan bahawa tanpa wang manusia seakan-akan dipinggirkan dalam kelompok masyarakat dan tidak diterima sebagai ahli dalam kumpulan. Rakyat yang miskin perlu diberi bantuan agar kehidupan mereka lebih terjamin dan sempurna. Sekiranya rakyat dapat meningkatkan taraf kehidupan, penjanaan ekonomi juga turut berlaku lantas menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Pihak pemaju atau perunding perumahan juga perlu membantu dalam menangani masalah rakyat termiskin ini. Sering dilihat bahawa pihak pemaju lebih mementingkan keuntungan daripada keselesaan rakyat itu sendiri. Kerja pembinaan yang dijalankan dibuat secara remeh temeh tanpa memikirkan keadaan rumah dan rakyat itu sendiri pada masa akan datang. Seharusnya pihak terbabit perlu menitikberatkan soal kesempurnaan dan penelitian bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Mereka perlu berganding bahu bersama-sama dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat termiskin ini. Pertolongan perlu diberikan seiring dengan keuuntungan yang diperolehi kerana tanpa projek perumahan ini, pihak yang terbabit tidak memperoleh sumber pendapatan. Rezeki yang sedikit dikongsi bersama-sama agar rakyat dapat merasai kemewahan tanpa berlakunya penindasan di antara golongan kaya dengan golongan yang miskin.
Pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang ketat ke atas pihak pemaju perumahan amat penting untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Di antaranya ialah pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Akaun Pemaju Perumahan) 1991 yang telah dikuatkuasakan mulai 26.8.1991. Peraturan ini mensyaratkan semua pemaju membuka Akaun Pemajuan Perumahan bagi setiap projek perumahan yang dijalankan. Ianya bertujuan memastikan wang debit dan kredit yang diterima dan dibelanjakan hanya digunakan bagi menyiapkan projek perumahan berkenaan serta tidak disalahgunakan ke jalan yang tidak berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya rasuah di kalangan pihak yang terlibat dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam membantu rakyat yang miskin.
Selain itu, golongan rakyat miskin itu sendiri perlu membantu diri mereka dengan usaha yang gigih. Semangat dan usaha amat penting bagi mewujudkan masyarakat yang membangun dalam zaman yang serba canggih ini. Kebanyakan rakyat yang mengikuti program ini terdiri daripada kaum Melayu dan hanya segelintir sahaja kaum lain yang terlibat. Hal ini kerana sikap dan nilai orang Melayu yang lebih gemar menyerahkan kepada nasib dan takdir sahaja tanpa berusaha terlebih dahulu. Mentaliti kaum Melayu yang tidak inginkan perubahan menyebabkan masyarakat ini semakin terpinggir dalam arus kemodenan hari ini.
Sikap dan nilai amat penting bagi menentukan arah, tindakan dan matlamat yang akan dilakukan bagi memenuhi tanggungjawab sebagai manusia. Kaum Melayu perlu mencontohi kaum lain khususnya kaum Cina yang tidak pernah berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap dan nilai yang tertanam dalam diri mereka telah menyebabkan kaum ini sentiasa berada jauh di hadapan.
Pihak kerajaan dan swasta juga perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan isu perumahan rakyat termiskin kerana kerajaan adalah pihak yang bertanggungjawab bagi mengurangkan jumlah rakyat termiskin di negara ini. Program pembasmian kemiskinan perlu dijalankan dengan sekerap mungkin bagi mengurangkan kuantiti golongan ini.
Di samping itu juga, pihak lain boleh menghulurkan sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan serta membantu dalam kehidupan seharian mereka. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pusat zakat juga boleh memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan agar golongan rakyat termiskin ini dapat dikurangkan selaras dengan hasrat negara untuk menuju ke arah negara maju pada masa akan datang. Sumbangan tersebut amat penting bagi meningkatkan kualiti kehidupan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar.
RUJUKAN
aplikasi.kpkt.gov.my
Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Seremban, Keratan Akhbar. MPS Tidak Abai Kebajikan. www.mpsns.gov.my
Utusan Online, Golongan Miskin Di Negeri Sembilan Terus Dibela. Ainol Amriz Ismail, 23 Februari 2008. www.utusan online.com
aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/87b0f8c53f570ecd48256e5b00013868?OpenDocument
Post a Comment