Header Ads

KAJIAN PEMBANGUNAN PROJEK STARGATE-DAERAH KOTA SETAR-ALOR SETAR


KAJIAN PEMBANGUNAN PROJEK STARGATE-DAERAH KOTA SETAR-ALOR SETAR




1.0       PENGENALAN

1.1       Latar Belakang Projek

Dalam merealisasikan kemajuan Kedah menjelang 2010, Six Dreambig Architect Company telah merencanakan pelbagai pembangunan antaranya perancangan pembinaan projek STARGATE yang akan dapat membantu peningkatan kemajuan terutama dalam aspek ekonomi. 

Satu pelan perancangan projek telah dirangka untuk  membina 215 unit kedai dan pejabat di STARGATE yang mempunyai dua dan 3 tingkat bangunan di atas lot-lot yang terdapat di kawasan STARGATE iaitu lot yang bernombor 59, 60, 62, 63, 1420, 4433, 4445, 5610 yang terdapat di kawasan Mukin Pengkalan Kundor, manakala lot-lot 61, 64, 4435, 4437, 4439, 4441, 6291 dan 6293 berada di kawasan Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman.

Kawasan kajian merupakan salah sebuah kawasan yang terletak  berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan dan dijangka siap sepenuhnya antara 8 hingga 10 tahun lagi. Pemaju atau juga dikenali sebagai pemilik projek ini adalah daripada Syarikat YIKEN-DXN STARGATE SDN. BHD yang terletak berhampiran Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah. Pembinaan projek ini juga melibatkan jurutera awam dan jurutera struktur daripada Syarikat Perunding Timur (K) SDN. BHD yang terletak di Kompleks Sukan Mu’Azam Shah, Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah. 

Selain itu juga pembinaan projek ini turut melibatkan kontraktor prinsipal iaitu kontraktor penting yang akan bertanggungjawab di bawah Syarikat BIO SYNERGY  ENGINEERING SDN. BHD yang mana lokasinya terletak di Kompleks Hijau Kuning, Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah. Manakala kontraktor utamanya ialah daripada syarikat FUSION DEVELOPMEN & CONSTRUCTION SDN. BHD yang terletak di  Kompleks Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul  Hamid, Alor Star, Kedah.

Manakala arkitek yang terlibat ialah daripada syarikat EAST DESIGN  CONSULTANT SDN. BHD yang bertempat di Jalan Cantonment, Penang. Dalam projek ini juga melibatkan jurutera M&E (Mechanical & Electrical) daripada penglibatan syarikat Perunding PLA SDN. BHD. yang datangnya dari Penang yang terletak di Wisma Pantai, Butterworth. Selain itu, pembabitan  juru ukur tanah juga penting dalam projek ini yang melibatkan  syarikat JURUKUR PERUNDING SERVICE SDN. BHD. yang lokasinya di Komplek Alor Star, Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah.




1.2       Saiz Projek

Dalam merangka perancangan projek ini yang mempunyai keluasan sebanyak 266,575 ekar persegi yang mempaksikan skala perkiraan pelan kunci iaitu 1 nisbah 12,500 ekar. Keluasan kawasan STARGATE ini dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Fasa 1A, 1B, 1C, 1D dan 1E. 

Bahagian kawasan-kawasan ini mempunyai perbezaan dari segi saiz ekar persegi. Namun begitu, laporan kajian ini hanya memfokuskan kepada Fasa 1A sahaja kerana hanya fasa tersebut sahaja yang sedang dijalankan pembangunannya. 


1.3        Jenis Projek
Projek STARGATE yang terletak di Alor Setar ini merupakan projek bercampur ataupun dikenali sebagai ‘mixed development’. Projek pembangunan bercampur ini membawa maksud pembangunan yang dilaksanakan  yang merangkumi pelbagai komponen pembangunan dalam sesuatu kawasan.  Misalnya, terdapat kawasan perumahan, tapak kedai dan pejabat, pasaraya, kedai makanan segera, kemudahan pengangkutan dan sebagainya.




2.0       CADANGAN KOMPONEN PROJEK
Dalam pelaksanaan projek STARGATE di Alor Star Kedah ini terdapat beberapa komponen cadangan projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan. Projek STARGATE mengandungi lima fasa pembangunan iaitu Fasa 1A, Fasa 1B, Fasa 1C, Fasa 1D dan Fasa 1E. Saiz bagi keseluruhan projek STARGATE ini sebanyak 303.575 ekar. Bagi Fasa 1A keluasanya adalah 54.469 ekar. Fasa 1B pula sejumlah 89.719 ekar. Manakala Fasa 1C 26.577 ekar. Bagi fasa 1D dan Fasa 1E masing-masing mempunyai keluasan 41.167 ekar dan 91.136 ekar.
            Bagi keseluruhan cadangan komponen pembangunan di kawasan STARGATE ini, terdapat beberapa cadangan projek seperti pasaraya besar, dataran STARGATE, rumah kedai pejabat, stesen minyak, restoran makanan segera, perumahan, tapak komersial, taman rekreasi, hotel, hospital swasta dan bazar. Walaubagaimanapun hanya projek di Fasa 1A sahaja yang sedang dijalankan. Manakala fasa-fasa lain masih dalam perancangan. 



2.1       Projek Pembinaan Fasa 1A
Bagi projek yang sedang dijalankan adalah projek    Fasa 1A. Di dalam pelaksanaan projek bagi fasa 1A ini, terdapat beberapa projek pembangunan yang sedang dijalankan. Di antaranya ialah projek pembinaan rumah kedai pejabat, dataran STARGATE, stesen minyak, pasaraya besar dan restoran makanan segera.





2.2       Kawasan Perumahan Kedai Pejabat
Di dalam pembangunan pembinaan rumah kedai pejabat tiga tingkat ini, terdapat 64  unit rumah kedai yang sedang dibangunkan. Keluasan bagi pembinaan projek ini adalah 10,148.52 ekar. Bagi pembinaan rumah kedai dua hingga tiga tingkat ini, terdapat 64 unit yang mempunyai keluasan 11,121.44 ekar. Sementara itu, bagi pembinaan rumah kedai pejabat, terdapat 87 unit rumah kedai dengan keluasan 13,418.51 ekar yang sedang dibina.



2.3       Dataran STARGATE
Projek pembinaan Dataran STARGATE pula dapat dijadikan sebagai kawasan bazar dan tapak expo. Pembinaan bazar dan tapak expo ini dapat menarik peniaga bagi menjadikan kawasan STARGATE menjadi kawasan tumpuan ramai.  Selain itu juga, kawasan dataran juga dapat dijadikan sebagai tapak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti formal seperti ceramah, pameran, konsert dan sebagainya. Dengan pelaksanan aktiviti ini diharapkan dapat merapatkan lagi silaturahim antara penduduk setempat.

2.4       Stesen Minyak
Projek pembangunan STARGATE ini juga merlibatkan pembinaan stesen minyak bagi membekalkan minyak kepada penduduk setempat pada masa akan datang. Hal ini disebabkan terdapat cadangan pembinaan projek perumahan bagi Fasa yang seterusnya dalam pembangunan kawasan STARGATE ini. Antara projek perumahan yang dicadangkan untuk fasa seterusnya ialah projek perumahan banglo, teres dan rumah dua tingkat. Dengan adanya pembinaan stesen minyak ini akan memudahkan penduduk setempat meneruskan perjalanan mereka. Pembinaan stesen minyak ini juga secara tidak langsung dapat menyediakan kemudahan mini market, pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM, dan juga perkhidmatan pembelian tiket bas ekspress. Hal ini akan memudahkan penduduk kerana lokasi STARGATE adalah berhampiran dengan Lebuhraya Sultan Abdul Halim di mana laluan utama bas ekspress bagi jalan susur keluar Alor Star selatan ke Sungai Petani. 


2.5       Pasaraya Besar
Dalam projek STARGATE ini juga terdapat projek pembinaan pasaraya besar iaitu Tesco kedua di Alor Star. Pembinaan pasaraya besar ini dapat memudahkan penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian mereka. Sasaran pembinaan Tesco kedua di Alor Star ini dijangka dapat menarik ramai pengunjung yang rata-rata datang bersama keluarga dan sahabat handai mereka. Pembinaan Tesco ini juga dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar STARGATE yang mendiami kawasan perumahan yang bakal dibina. Antara peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan adalah sebagai pembantu jualan, pengurus jualan, dan juruwang. Peluang pekerjaan ini akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Selain itu juga, pembukaan Tesco ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan dan luar yang ingin membuka perniagaan di kawasan STARGATE ini. Peluang perniagaan ini dapat meningkatkan daya saing dikalangan peniaga. 




2.6       Restoran Makanan Segera
Selain itu juga, restoran makan segera juga sedang dibangunkan di kawasan projek Fasa 1A. Antara restoran makanan segera yang akan dibuka ialah Mc Donald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, dan lain-lain. Pembinaan restoran makanan segera ini diharapkan dapat menarik lebih ramai penduduk untuk menetap di kawasan STARGATE. Pembinaan restoran makanan segera ini secara tidak langsung dapat memasarkan lagi sektor perumahan yang akan dibangunkan di kawasan ini. Hal ini kerana dengan adanya restoran makanan segera ini penduduk akan lebih tertarik untuk membeli rumah di kawasan tersebut. 



3.1       Lokasi Cadangan Pembangunan
Projek STARGATE  yang terletak di Alor Setar ini terletak di bawah rancangan tempat daerah Kota Setar tahun 2002 hingga 2015. Kawasan STARGATE  ini merupakan  rancangan pembangunan khas. Rancangan pembangunan khas ini adalah projek yang dimajukan oleh sektor swata tetapi tanah di kawasan terbabit adalah milik kerajaan yang disimpan khas untuk projek yang bakal dijalankan jika mendapat kelulusan. Kawasan STARGATE ini terletak di kawasan BPK1.36 di bawah zon perumahan yang terkandung dalam rancangan tempatan.

3.2       Senarai Maklumat Tentang STARGATE dalam Rancangan Tempatan
Di dalam projek STARGATE ini merujuk rancangan tempatan menyatakan bahawa bagi jenis guna tanah perniagaan aktiviti yang dibenarkan adalah seperti Kompleks Perniagaan , Stesen Minyak dan bagi aktiviti yang dibenarkan dengan syarat dalam jenis guna tanah perniagaan ialah seperti perindustrian sederhana, institusi awam, kemudahan pengankutan, infrastruktur dan utiliti, syarat dinyatakan adalah seperti mengikut keperluan piawaian perancangan yang di tetapkan tertakluk kepada peluang teknikal. 

Aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam jenis guna tanah perniagaan adalah seperti Institusi swasta , keselamatan dan pelupusan sisa pepejal dan toksik.

Aktiviti yang dibenarkan dalam jenis guna tanah lapang dan rekreasi adalah seperti Rekreasi dan sukan manakala aktiviti yang dibenarkan dengan syarat ialah jalanraya, pengangkutan darat, infrastruktur dan utiliti. Bagi aktiviti yang tidak dibenarkan di tanah lapang dan rekreasi adalah pelepusan sisa pepejal dan sisa toksik. 

Syarat yang di gunakan terhadap jenis gunba tanah ini adalah ketinggian bangunan maksima 3  tingkat dan ketinggian bangunan bergantung kepada keharmonian dengtan kawasan sekitar serta tertakluk kepada lain-lain syarat yang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, Semua pemajuan perlu mematuhi garis panduan dan piawaian yang diguna pakai oleh  Majlis Bandaraya Alor Setar


Jenis guna tanah kediaman terancang adalah aktiviti yang dibenarkan seperti rumah sebuah , rumah berkembar , rumah kluster dan rumah teres . Manakala aktiviti lain yang dibenarkan dengan syarat bagi jenis guna tanah kediaman terancang ialah bangunan penginapan, bangunan sementara, gerai dan pasar , makanan dan minuman, stesen minyak dan institusi swasta. 

Syarat yang dibenarkan adalah perlu dimana di lot berhadapan jalan utam sahaja iaitu 30 meter , syarat yang lain gerai ditempatkan di satu tempat berpusat dan teratur.Seterusnya mengikut keperluan piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Manakala aktiviti yang di benarkan bagi jenis guna tanah , kediaman terancang ialah pangsapuri servis , perkuburan , pasar borong dan pasar basah , keselamatan dan infrastruktur dan utiliti seperti sisa pepejal dan sisa toksik. 

Bagi syarat-syarat yang diperlukan ialah , ketinggian bangunan bergantung kepada nisbah plot , kawasan plinth dan keharmonian dengan kawasan sekitar serta tertaktuk kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar.

Rancangan tempatan ini diperlukan oleh pemaju untuk dijadikan rujukan bagi jenis-jenis guna tanah yang terdapat di sesebuah tempat.oleh yang demikian rancangan tempatan perlu di sediakan oleh pihak berkuasa tempatan membantu dan merancang sesebuah pmbangunan di dalam sesebuah daerah dan untuk memudahkan pemaju untuk mengenalpasti keutamaan kawasan dan tindakan segera yang perlu dilaksanakan.


KAEDAH PEMBIAYAAN
Bagi memulakan sesuatu projek pembangunan, ianya pasti memerlukan dana atau sumber kewangan. Salah satu cara untuk membiayai projek-projek pembangunan yang ingin dilakukan ialah dengan membuat pinjaman kewangan melalui institusi kewangan atau pun bank. Bagi projek pembangunan Stargate pula ia mendapat dana kewangan dari Yayasan Islam Negeri Kedah and DXN Holdings Bhd. Kerjasama diantara dua institusi in melibatkan kos sebanyak RM90 juta.


PROSES PERLAKSANAAN

Keseluruhan anggaran projek STARGATE yang sedang dijalankan ini dijangkakan menelan belanja sebanyak RM90 juta. Walau bagaimanapun, jumlah kos bagi menyiapkan projek ini dilihat terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan keluasan projek iaitu sekitar 303.566 hektar sahaja. Anggaran kos projek ini meliputi rumah kedai, stesen minyak, pasaraya besar, kawasan perumahan, tapak rekreasi, tapak komersial dan lain-lain.

Kos anggaran sebenar pembangunan projek ini tidak mencapai jumlah sebanyak RM90 juta. 

Hal ini kerana, peruntukan yang telah ditetapkan adalah tidak mengikut rancangan pembangunan STARGATE. Berdasarkan kepada rancangan pembangunan STARGATE, terdapat lima fasa yang akan dijalankan iaitu Fasa 1A, Fasa 1B, Fasa 1C, Fasa 1D dan Fasa 1E. Namun begitu, hanya fasa 1A sahaja yang telah dibangunkan sedangkan kawasan bagi fasa-fasa yang lain masih lagi belum disahkan untuk dibangunkan.

Pembangunan projek ini dijalankan secara berperingkat-peringkat. Misalnya, apabila Fasa 1A siap dibangunkan dan seterusnya mendapat permintaan yang menggalakkan, maka Fasa 1B akan dibangunkan mengikut rancangan yang telah ditetapkan. 

Begitu juga dengan Fasa 1C dan fasa-fasa seterusnya mestilah berpandukan kepada permintaan daripada pihak pembeli. Ini merupakan salah satu strategi untuk memasarkan keseluruhan projek yang dibangunkan mendapat permintaan 


daripada pihak pembeli. Ia bertujuan untuk memastikan setiap fasa di dalam projek STARGATE habis terjual.

Namun begitu, sekiranya Fasa 1A tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan, maka secara tidak langsung fasa-fasa seterusnya tidak akan dibangunkan seperti dalam rancangan pembangunan. Faktor-faktor yang menyebabkan Fasa 1A tidak mendapat sambutan daripada pembeli akan dikaji semula untuk meningkatkan perjualannya. Di sinilah pemaju perlu memainkan peranan bagi mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam Fasa 1A agar fasa-fasa yang seterusnya dapat dibangunkan tanpa sebarang halangan.

Kos bagi keseluruhan projek STARGATE ini boleh dicapai dengan anggaran kurang daripada RM90 juta jika pembangunan di setiap fasa berjalan dengan jayanya. Di dalam Fasa 1A, pembangunan hanya tertumpu kepada kedai pejabat, dataran STARGATE, stesen minyak, pasaraya besar, dan restoran makanan segera ‘Fast Food’.

 Jika dilihat, terdapat beberapa kelemahan di dalam pembangunan projek Fasa 1A antaranya hanya terdapat satu tapak stesen minyak sahaja serta lebih menfokuskan kepada bangunan kedai dan pejabat sahaja.

Pada fasa seterusnya, iaitu fasa 1B seharusnya tapak untuk stesen minyak ditambah lagi untuk kemudahan penduduk setempat. 

Hal ini disebabkan oleh saiz kawasan yang besar tidak cukup dengan hanya sebuah stesen minyak sahaja kerana kawasan ini akan menjadi tumpuan orang ramai akibat daripada pembinaan infrastruktur yang disediakan.

Dalam fasa 1B, dicadangkan projek pembangunan merangkumi kawasan perumahan, perhotelan, hospital swasta, dan bazaar bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Sebagai contoh, pembangunan kawasan perumahan perlulah mengambil kira taraf pendapatan penduduk sama ada rendah, sederhana atau tinggi. 

Oleh itu, pembangunan perumahan yang dibangunkan haruslah meliputi perumahan teres satu tingkat, teres dua tingkat dan banglo. Justeru, setiap orang dapat memiliki rumah di kawasan tersebut mengikut tahap kemampuan mereka. Dengan wujudnya kawasan perumahan sekaligus akan menggalakkan lagi orang ramai untuk tinggal di 


kawasan tersebut disamping menggunakan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan.
Secara keseluruhannya, setiap fasa perlu menumpukan kepada pembangunan lestari iaitu pembangunan terancang meliputi semua aspek seperti kemudahan jalan raya, perumahan, kedai pejabat, pasaraya, stesen minyak, sekolah, hospital, balai polis, taman rekreasi, restoran, dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan tersebut, maka pembangunan di kawasan STARGATE ini akan berkembang dengan pesat dan jayanya. 

KESIMPULAN
Secara keseluruhan konsep pembangunan membawa pelbagai maksud dan pengertiannya yang meluas terutamannya mengenai perspektif atau konteks dalam pembangunan sekarang terutamannya pembangunan Negara kita dalam memacu dan menjadi landasan untuk Negara ini terus menbangunkan aspak pembangunan yang lebih memikirkan akan aspek “pembangunan mapan” dalam perlaksanaan pelbagai projek pembangunan.
Sementara itu, projek pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan pelbagai maksud dan tujuan utama pembangunan itu misalnya pelbagai tokoh mengemukakan pandangan mengenai “pembangunan” seperti tokoh pembangunan yang terkenal seperti Michael P. Tadaro, Dudley Seer, Syed Husin Ali dan sebagainya yang melontarkan pelbagai pendapat mengenai pembangunan, namun mereka memberikan pendapat mengenai pembangunan yang berbeza dan melalui pelbagai sudut. Dengan ini tugasan ini dapat memberi gambaran yang jelas akan pembangunan yang sebenar yang mana kesemuanya berkehendak akan pembangunan yang lebih baik dari pelbagai aspek yang boleh mewujudkan sesuatu projek pembangunan yang berjaya dari pelbagai aspek. 

Justeru itu pelbagai tokoh memberi maksud yang berlainan akan pembangunan seterus menjadi panduan kepada para pemaju akan maksud sebenar pembangunan. 















Tiada ulasan