PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)

PENGENALAN
Negara Malaysia telah mengecapi nikmat merdeka selama 50 tahun. Dalam lima dekad yang telah berlalu, Malaysia mengisi kemerdekaan tersebut dengan jayanya. Yang paling utama, Malaysia telah berjaya memastikan bahawa pembangunan ekonomi berlangsung dengan pesat, serta faedahnya dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
Pembangunan Koridor Utara ini adalah satu usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan tahap pembangunan kawasan Utara Malaysia. Malaysia telah mengalami kemajuan yang pesat sejak kemerdekaan, tetapi masih perlu memastikan bahawa kemajuan diagih dan dirasai oleh lebih ramai penduduk di setiap pelusuk negara.
Konsep Koridor Utara ini adalah berdasarkan kesedaran bahawa pembangunan akan terlaksana dengan lebih teratur dan pantas jika potensi setiap negeri digembeling bersama. Setiap negeri mempunyai kekuatannya tersendiri. Jika digabung, kekuatan ini akan membawa kemajuan yang lebih pesat kepada semua rakyat Utara berbanding bekerja sendirian.
Maka dengan itu, sudah tiba masanya bagi rakyat Utara untuk memenuhi potensi sebenar mereka, iaitu untuk menentang kemunduran, mentransformasi kawasan luar Bandar kepada ekonomi desa yang moden dan dinamik dan disamping itu ia juga bertujuan mengangkat nama dan menjulang martabat Wilayah Utara Malaysia di persada dunia.
Inisiatif Koridor Utara ini terdiri daripada program-program dan pendekatan yang bertujuan untuk merangsang pembangunan sosioekonomi di kawasan Utara, bagi kesejahteraan rakyat tempatan yang terlibat dalam kawasan pembangunan ini. Program-program serta pendekatan ini melibatkan perancangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga saranan daripada sektor swasta yang diterajui oleh Sime Darby Berhad sebagai agen pembangunan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pembangunan yang dijalankan berteraskan arus pasaran dan perdadangan, supaya kawasan Utara tidak ketinggalan dalam era globalisasi.
Matlamat ini mengharuskan perubahan minda mengenai potensi negeri-negeri dan daerah-daerah Utara.
ISU YANG DI BINCANGKAN
Tanaman kedua selain padi yang akan diberi tumpuan dalam aspek pembangunan sektor pertanian Wilayah Utara ialah tanaman jagung. Pada masa ini tanaman jagung segar seluas 600 hektar ditanam di Negeri Kedah setiap tahun dan berjaya menghasilkan RM 6 juta setahun. Batang jagung ditukarkan menjadi silaj untuk makanan lembu. Dengan harga RM 28 per tong seberat 100 kg, batang jagung yang asalnya bahan terbuang telah member pendapatan RM 2.4 juta setahun.
Kawasan seluas 10,000 ekar (4,050 hektar) akan dimajukan dengan tanaman jagung. Jagung akan ditanam di bahagian Utara Negeri Kedah iaitu di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang dan Yan. Tiga jenis tanaman jagung dikenalpasti dapat diusahakan secara komersial iaitu jagung untuk makanan haiwan (jagung metro), jagung manis untuk makanan segar dan jagung khusus untuk diproses sebagai jagung cawan.
Bagi memperolehi pengeluaran yang seperti di nyatakan diatas, Sime Darby Berhad telah memainkan peranannya sebagai agen pembangunan dalam menjayakan matlamat utama Wilayah Utara iaitu dimana negeri Kedah akan muncul sebagai ‘‘THE HOLLAND OF THE EAST”.
Di samping itu, Sime Darby Berhad juga telah Berjaya menukar sistem pertanian tradisional masyarakat di kawasan tersebut. Dimana ia telah berjaya memainkan peranannya sebagai agen komuikasi dengan berlakunya perubahan dalam kerangka pembangunan system pertanian tradisional kepada pertanian moden.
Perusahaan ini memberi potensi yang luas untuk golongan miskin memperolehi pendapatan segera dimana mereka dapat menyertai perusahaan ini secara langsung.
Kaedah tanaman jagung yang ditawarkan ini menggunakan petani tunjang atau ‘anchor farmer’ sebagai pemangkin pertumbuhan. Petani usahawan yang ingin menceburkan diri dalam tanaman jagung boleh membesarkan perusahaan dengan mengambil petani-petani di sekeliling sebagai pembekal. Ini bagi memastikan permintaan pasaran domestik dapat dipenuhi disamping ia bertujuan memenuhi keperluan eksport di masa hadapan
Dengan membuka peluang-peluang kepada masyarakat sekitar untuk mengambil bahagian ia secara tidak langsung berjaya mendidik tenaga kerja yang berkualiti dengan menjadikan para petani menjadi petani yang bermaklumat selaras dengan arus pembangunan pada masa kini yang penuh dengan cabaran. Maka petani akan memusatkan perhatian kepada keperluan akan perubahan, kesempatan cara mengadakan perubahan.
Perubahan yang dialami para petani yang mengambil bahagian dalam projek ladang jagung manis ini mewujudkan pengaliran maklumat dan pembangunan yang seimbang di antara pembangunan nilai sosial dan pembangunan ekonomi. Ini bagi memastikan perencanaan yang dirancang berjalan dengan lancar.
Persoalan
Adakah pihak syarikat yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan bagi membangunkan pembangunan di Koridor Utara berjaya memainkan peranannya sebagai media perhubungan?
Syarikat yang telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan bagi membangunkan pembangunan Koridor Utara adalah Sime Darby Berhad. Sime Darby Berhad telah berjaya membangkitkan kesedaran masyarakat di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia dalam aspek pembangunan sektor pertanian Dimana media yang disampaikan oleh Sime Darby Berhad berjaya mencapai matlamat kerajaan iaitu membangunkan sistem pertanian negara kearah pengaplikasian teknologi dalam pengeluaran hasil produk pertanian (jagung).
Adakah pembangunan sistem pertanian yang disampaikan oleh Sime Darby Berhad diterima oleh masyarakat dan apakah sistem yang diperkenalkan di kawasan Koridor Utara?
Pembangunan dalam sistem pertanian yang disampaikan oleh Sime Darby Berhad telah diterima oleh masyarakat Koridor Utara. Dimana kaedah tanaman jagung yang ditawarkan iaitu petani tunjang atau ‘anchor farmer’ telah berjaya mencapai matlamatnya oleh para petani daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang dan Yan. Petani usahawan yang ingin menceburkan diri dalam tanaman jagung juga diberi bagi membesarkan perusahaan dengan mengambil petani-petani di sekeliling sebagai pembekal.
Konsep Model dan Teori
Akibat dari arus perkembangan industri makanan yang berasaskan jagung ini telah menyuntik petani di Koridor Utara untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian kedua penting di negeri utara ini iaitu jagung. Konsep masyarakat massa menyentuh berkaitan perkembangan perindustrian, pembandaran dan modenisasi mengubah sistem masyarakat kepada individualisme menyebabkan pengaruh media menjadi semakin dominan sebagai sumber informasi.
Menurut Rogers (1976), peranan utama komunikasi dalam usaha-usaha pembangunan diri ini adalah seperti menyediakan informasi teknikal mengenai masalah pembangunan dan kemungkinannya, dan inovasi-inovasi yang sesuai yang boleh digunakan oleh petani dalam mengatasi masalah mereka. Menyebarkan informasi mengenai kejayaan usaha pembanguan diri orang lain untuk dijadikan teladan. Pada peringkat ini Sime Darby Berhad merupakan media komunikasi utama yang menyediakan informasi dan inovasi-inovasi terkini berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian di Koridor Utara.
Konsep “partisipasi” atau penyertaan merupakan konsep yang penting dalam mana-mana rancangan pembangunan kerana ia menekankan penyertaan masyarakat. Dalam proses komunikasi ini menunjukkan komunikasi dua-hala. Dalam situasi ini dapat dilihat dalam pembangunan Koridor Utara sebagai hub sektor pertania. Matlamat dan tujuan pembangunan wilayah ini telah mencapai matlamatnya kerana ia mendapat penyertaan daripada penduduk sekitar yang berminat dalam menceburkan diri. Sebagai contoh apa yang dimaksudkan sebagai komunikasi dua-hala telah berjaya ini dengan tindak balas masyarakat dengan menceburkan diri dalam projek tanaman jagung manis di Bukit Kayu Hitam yang di selia oleh Sime Darby Berhad.
Menurut Melkote bahawa modenisasi bukan merupakan satu jenis proses sahaja tetapi merupakan satu pakej proses yang mempunyai objektif perubahan yang sama. Kerajaan membangunkan Koridor Utara ini dengan objektif untuk membolehkan proses modenisasi dapat merubah masyarakat dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan lagi kadar KDNK disamping itu mempelbagaikan lagi ekonomi Malaysia.
Peranan pihak kerajaan dan Sime Darby Berhad disini dapat dikaitkan dengan Model Dua Tahap iaitu peringkat pertama mengandungi hanya perpindahan maklumat manakala perigkat kedua menyatakan maklumat dan kesan perpindahan maklumat kepada kedua-dua pihak.
Kesimpulan
Kesimpulannya pembangunan Wilayah Koridor Utara telah mencapai matlamat dan objektifnya dimana rancangan untuk melaksanakan pertanian dalam bentuk skala besar dengan bantuan GLC telah dicapai iaitu dengan kerjasama Sime Darby Berhad sebagai media komunikasi dalam menggembeleng masyarakat petani bagi mencapai pembangunan. Pembangunan disini adalah bermaksud perlaksanaan penanaman Projek Jagung Manis di Bukit Kayu Hitam.
Manakala matlamat untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup petani kearah pembasmian kemiskinan juga telah mencapai matlamatnya dimana pendapatan dari sektor penanaman jagung di Koridor Utara dianggarkan pada peringkat fasa pertama telah berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak RM6 juta setahun dengan keluasan seluas 600 hektar. Manakala banyak ladang-ladang telah dimajukan dan berpotensi sebagai kawasan pembangunan pertanian yang produktif dan berdaya maju.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh petani juga telah menunjukkan petani telah menerima peralihan sistem pertanian tradisional kepada sistem pertanian moden yang melibatkan transformasi dalam penanaman jagung, penuaian dan juga pemasaran.
Disini dapat kita lihat dimana hubungan komunikasi adalah penting dengan pembangunan dimana ia merupakan suatu strategi media untuk menyampaikan mesej bagi mencapai pembangunan Koridor Utara yang mampan.
Rujukan
Kerajaan Negeri Kedah. (2009). Halatuju Pembangunan Pertanian Negara Kedah 2008-2015.
Halaman 19-20.
Abdul Rahim Anuar. (2009) Koridor Pembangunan Negara. Halaman 7-12. Sintok:
Penerbit Universiti Utara Malaysia
http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=kpwkm/menu_latarbelakang〈=malay
http://www.keda.gov.my/more-zone/padang-terap.html

Post a Comment