Projek Pembangunan Taman Taman Islam
1.0 Pendahuluan
Islam merupakan satu perkataan yang dapat menerangkan segala-galanya termasuk maksud keindahan. Keindahan merupaka satu perkara tiada titik noktah di dalam kehidupan manusia. Keindahan di dalam Islam sendiri meliputi dari semua aspek, baik dari segi pengertian, aturan-aturan dan sebagainya.
Begitu juga dengan seni yang telah dicipta berlandaskan nilai-nilai Islam. Terlalu tinggi nilai falsafahnya. Di mana, teras pada seni Islam adalah tiada permulaan dan tiada akhiran. Ia juga dikenali sebagai 'arabesque art' dan telah diterjemahkan di dalam pembinaan Masjid Kristal. Lokasinya terletak di Pulau Wan Man di pesisiran Sungai Losong.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. Dan kawasan ini telah bahagikan kepada 6 bahagian iaitu bahagian 1 (Masjid Kristal dan perumahan khas imam dan bilal), bahagian 2 (Monumen masjid yang menjadi mercu tanda Islam di seluruh dunia), bahagian 3 (Pusat konvensyen), bahagian 4 (terdiri Lagun taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka serta kawasan memancing), bahagian 5 (Kompleks masuk TTI, pusat astrionomi dan pusat komersil) dan bahagian 6 adalah merupakan bahagian masuk ke TTI.
Untuk bahagian monumen masjid adalah merupakan di antara bahagian paling ramai pengunjung. Di mana di bahagian ini, mengandungi 21 monumen masjid dari seluruh dunia. Dan 4 dari monumen masjid ini di dalamnya mempunyai studio mioni serta mempunyai 40 tempat duduk untuk tayangan bermaklumat. Selain pembinaan 21 replika sedia ada, kerajaan negeri bercadang membina kincir angin di mana saiznya lebih besar dan menyamai kincir angin digunakan oleh masyarakat Islam pada zaman lampau.[1]
Taman Tamadun Islam merupakan satu-satunya taman tema yang menempatkan monumen dan replika Islam yang indah dan bersejarah dari seluruh dunia. Taman ini telah siap dibina dan terletak di Pulau Wan Man, Terengganu. Taman ini dibina atas tujuan menjadikannya sebagai salah satu pusat pelancongan di negara ini. Kumpulan kami memilih Projek Pembangunan Taman Tamadun Islam kerana kami tertarik dengan binaannya yang unik dan menarik selain ianya mempunyai unsur-unsur nilai dan etika yang perlu dikupas dan dilihat bersama sebagai pengajaran. Antara unsur-unsur nilai yang dapat dikenalpasti adalah nilai agama, budaya dan sosial.
Walaupun taman ini telah siap sepenuhnya, namun, sehingga kini masih terdengar pelbagai sungutan masyarakat mengenainya. Seperti yang boleh dipetik daripada pepatah Melayu yang berbunyi “rumah telah siap, pahat masih berbunyi”.Hal ini berikutan terdapat beberapa isu yang melibatkan nilai dan etika yang salah dalam menjayakan projek pembangunan ini. Antara faktor yang mengundang kontroversi dalam projek ini ialah penggunaan kos yang terlalu tinggi dan masyarakat mendakwanya sebagai satu pembaziran. Dari sini, kita mendapat pengajaran bahawa terdapat pelbagai unsur yang perlu diteliti dengan sempurna sebelum memulakan sesuatu projek agar projek yang dijalankan dapat diterima dan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat.
2.0 Projek Pembangunan Taman Tamadun Islam
MASJID KRISTAL, PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU
Taman Tamadun Islam merupakan taman tema yang dibina untuk membuktikan keunggulan seni warisan seni bina Islam. Taman ini terletak di pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Pulau Wan Man berhampiran dengan Kampung Losong, Kuala Terengganu pada asalnya hanyalah sebuah pulau tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Projek ini memperuntukkan sebanyak RM249.3 juta bagi pembinaannya di kawasan seluas 33 hektar. Taman ini merupakan satu projek dibawah pembangunan ekonomi wilayah timur. Projek ini mula dibina pada Mac 2005 yang bukan sahaja menempatkan replika tetapi juga Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda negeri Kuala Terengganu. [2]
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab dalam memantau projek ini yang melibatkan 34 kontraktor tempatan. Selain itu, pembinaan Taman ini menggunakan bahan pembinaan dari tempatan sepenuhnya termasuklah 65 peratus penggunaan pakar rakyat tempatan.[3] Ini menunjukkan bahawa negara ini menggunakan kemampuan dan kepakaran rakyat Malaysia sendiri dalam pembinaan Taman Tamadun Islam.
Selain daripada Masjid Kristal yang akan menjadi tarikan di Taman Tamadun Islam ini, terdapat juga replika monumen lain yang boleh dinikmati kehalusan seni binanya seperti Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan) dan Kudus Minar (Indonesia). Terdapat juga monumen Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Suleyman (Turki), Sheikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia). [4]
Menurut Mohd Zahani Sulong yang dipetik daripada Berita Harian online pula, Taman Tamadun Islam mengandungi empat kompenan yang dibahagikan kepada fasa A, B, C dan D. Pembangunan di komponen A telah menempatkan dua pintu masuk utama ke pulau iaitu melalui jalan darat dan air. Bagi komponen B pula, membabitkan pembangunan pusat aktiviti Taman Tamadun Islam yang mengandungi tiga elemen iaitu plaza masuk, pusat komersial dan konvensyen. Manakala fasa C membabitkan pembinaan Masjid Kristal dan perumahan imam serta bilal dan akhir sekali bagi fasa D merupakan Taman Islam yang menempatkan taman permainan kanak-kanak dan 21 replika monumen seni bina Islam.
CONTOH-CONTOH REPLIKA MASJID DI TAMAN TAMADUN ISLAM
3.0 Nilai dan Etika
Nilai dan etika merupakan tunjang utama kepada kejayaan sesuatu projek. Sekiranya nilai dan etika diabaikan dalam sesebuah projek, pasti projek yang dilaksanakan tidak akan berjaya sepenuhnya atau menimbulkan pelbagai pemasalahan lain. Dalam projek Taman Tamadun Islam juga terdapat beberapa isu yang melibatkan nilai dan etika yang boleh dikaji dan dijadikan pengajaran oleh semua pihak.
3.1 Pemasalahan: Pengabaian nilai agama
Masjid Kristal serta replika-replika masjid yang terdapat di sini telah dibina dengan begitu indah sekali. Namun begitu, apa yang isu kritikal dan menjadi punca kekecewaan masyarakat adalah ianya tidak berfungsi sebagai rumah ibadah bagi umat Islam sebaliknya hanyalah tontonan kepada pelancong-pelancong yang datang melawat ke sini. Apa yang jelas di sini, projek ini telah mengabaikan nilai agama yang menjadi sensitiviti masyarakat. Pembinaan Masjid Kristal yang menelan belanja jutaan ringgit tanpa boleh digunakan untuk tujuan ibadah menyebabkan masyarakat menjadi marah dan berasa tidak puas hati. Ini adalah kerana masjid merupakan tempat suci bagi orang Islam untuk menunaikan ibadah sebaliknya pembinaan Masjid Kristal serta replika-replika masjid yang terdapat di situ seolah-olah menjadi kemegahan bagi masyarakat negara ini. Ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang melarang umat Islam bermegah-megah dengan binaan masjid. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah hadis yang melarang manusia bermegahan dengan binaan masjid.
Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."
Maksud daripada hadis di atas ialah antara tanda hampirnya hari qiamat ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang telah mereka bina. Banyak Negara di seluruh dunia berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
3.1.1 Nilai yang ditonjolkan: Pengabaian Nilai Agama
Dalam membangunkan sesebuah projek yang bersifat keagamaan,pihak-pihak yang terlibat perlulah memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Terengganu khususnya yang majoritinya beragama Islam. Pihak-pihak terbabit sepatutnya bermusyawarah terlebih dahulu dan mencapai kata sepakat bagi kepentingan bersama. Tindakan sesetengah pihak yang menjalankan projek tanpa memikirkan kepentingan masyarakat akan mengundang kemarahan dan ketidakpercayaan masyarakat dalam membangunkan sesebuah projek pembangunan. Selain itu, pihak-pihak tertentu juga perlulah memahami nilai-nilai agama yang menjadi pegangan umat Islam di Negara ini. Hal ini kerana pembinaan taman ini hanya bertujuan untuk pelancongan semata-mata . Seandainya taman ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Muslim bagi menunaikan ibadah, kemungkinan ia tidak mendatangkan masalah dan boleh diterima masyarakat. Pembinaan masjid untuk beribadat adalah berlandaskan kepada nilai agama Islam. Disamping itu, ia juga menjadi budaya kepada masyarakat Islam yang meletakkan masjid sebagai tempat beribadat. Mereka haruslah lebih peka dan menghormati apa yang telah digariskan dalam Al Quran dan hadis.
3.1.2 Akibat daripada Pengabaian Nilai Agama
Pengabaian nilai agama yang menjadi pegangan masyarakat setempat dalam pembinaan projek ini menyebabkan masyarakat telah hilang kepercayaan terhadap pihak-pihak terbabit yang melaksanakan dan meluluskan projek ini. Seluruh masyarakat Islam di negara ini begitu mengharapkan kepimpinan yang berkesan melalui pendekatan Islam Hadhari. Namun begitu, nilai Islam yang diterapkan tidak memberi apa-apa makna apabila pembinaan masjid-masjid yang indah ini tidak boleh dijadikan pusat ibadah sebaliknya hanyalah tontonan . Apa yang lebih memberi kekecewaan terhadap masyarakat setempat ialah apabila negara kita mengaut hasil pelancongan dengan menonjolkan kemegahan binaan masjid di seluruh dunia kepada pelancong-pelancong asing. Masyarakat tidak dapat menerima pendekatan ini kerana ini adalah bertentangan sama sekali dengan nilai agama yang mana seolah-olah menggadaikan kesucian sesebuah masjid itu.
3.2 Pemasalahan: Penggunaan kos yang tinggi
Pembinaan Taman ini telah menelan belanja ratusan jutaan ringgit telah menyebabkan berlakunya pembaziran wang rakyat yang mana pada asalnya diperuntukkan untuk membiayai pendidikan anak-anak tempatan serta mengembangkan kegiatan ekonomi masyarakat setempat. Lantaran itu, mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembinaan tersebut. Hal ini kerana rakyat setempat tidak dapat menerima faedah hasil daripada projek pembangunan tersebut.
Tambahan pula masih terdapat ramai penduduk di kawasan sekitar tersebut masih lagi berada dalam kemiskinan dan menghadapi krisis dalam kehidupan. Antara persoalan yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak ialah mengapakah kerajaan negeri tidak memperuntukkan sejumlah peruntukan itu untuk membangunkan ekonomi negeri itu bagi manfaat masyarakat setempat memandangkan Terengganu adalah merupakan salah sebuah negeri termiskin di negara ini sebaliknya menggunakan jumlah yang banyak itu untuk tujuan pelancongan.
3.2.1 Nilai yang ditonjolkan: Pembaziran
Penggunaan jumlah wang yang tinggi untuk pembinaan Taman Tamadun ini iaitu sebanyak RM249.3 juta adalah satu nilai yang sangat tinggi dan dianggap sebagai satu pembaziran.
Menurut sumber,maintenance untuk membina kubah ia melibatkan kos yang sangat tinggi.Seperti masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan kubah yang paling besar terdapat di Malaysia.
Kubah pada awalnya berfungsi untuk menghasilkan gema suara supaya lebih kuat,tetapi sekarang ia tidak lagi sesuai dengan perkembangan arus teknologi. Namun Masjid kristal ini tidak boleh menunaikan solat jumaat tetapi mempunyai kubah yang banyak. Disini dapat dilihat terdapatnya unsure-unsur pembaziran. Kerana setiap kubah menelan perbelanjaan yang tinggi
Seterusnya masjid kristal ada mempunyai empat menara,di dalam setiapnya ada beberapa buah spotlight, dan ianya merupakan satu pembaziran.[5]
Hal ini menunjukkan bahawa pihak bertanggungjawab sepatutnya lebih prihatin kepada masalah rakyat sebelum membelanjakan wang rakyat untuk program pembangunan yang lain yang tidak memberi apa-apa manfaat terhadap mereka. Selain itu, sifat membazir adalah satu sifat yang sangat bertentangan dengan nilai agama Islam yang menggalakkan umatnya bersederhana dalam segala hal selain menuntut ilmu dan menunaikan ibadah.
3.2.2 Penyelesaian : Pelaburan Berhemah
Masyarakat Melayu pada hari ini dikatakan tidak begitu menghargai sifat berjimat cermat. Ini mungkin disebabkan oleh falsafah Islam itu sendiri yang mempengaruhi pemikiran orang melayu iaitu “ rezeki adalah kurniaan Allah Taala”. Melalui falsafah itu, orang melayu menyalah tafsir ia dengan mengganggap bahawa Allah S.W.T akan sentiasa memberi rezeki kepadanya dan menggunakan rezeki yang dikurniakan tanpa berfikir panjang.
Bagi mengelakkan pemasalahan ini berlaku lagi , kerajaan negeri seharusnya mempunyai perancangan teliti dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan agar modal yang dilaburkan berbaloi dengan hasilnya dan dapat dimanfaatkan kepada penduduk setempat pada masa depan. Wang yang diperolehi daripada hasil negeri seharusnya dapat memberikan faedah kepada rakyat seperti menyediakan kemudahan infrastruktur, membaiki taraf sosio-ekonomi, meningkatkan taraf pendidikan dan sebagainya. Ini seterusnya dapat menjamin kehidupan rakyat agar lebih cerah pada masa hadapan dan segala kemajuan pembangunan dapat dicapai.
Selain itu juga kerajaan perlu menyediakan satu tabung khas untuk tujuan masa hadapan. Antaranya seperti pembiayaan untuk masa depan pendidikan anak-anak untuk ke luar negara, dan untuk tujuan pembangunan yang lain. Dana yang dikumpulkan juga dapat menjamin kehidupan rakyat pada masa akan datang sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diduga. Pengajaran yang boleh dilihat di sini ialah, setiap projek pembangunan yang dijalankan seharusnya mengambilkira apakah manfaat yang boleh diterima masyarakat melalui hasil yang diterima terlebih dahulu sebelum memikirkan keuntungan.
3.3 Pemasalahan : Rekabentuk tidak tulen.
Pandangan Sisi Rekabentuk 'Emerald Lake Resort' dan Taman Tamadun Islam
Pandangan Atas Rekabentuk 'Emerald Lake Resort' dan Taman Tamadun Islam
Pandangan Hadapan Rekabentuk 'Emerald Lake Resort' dan Taman Tamadun Islam
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa rekabentuk pembinaan tersebut adalah tidak tulin kerana dikatakan rekebentuknya hampir sama dengan Emerald Lake Resort, Sepang, Selangor. Menurut Zahirah Osman yang dipetik daripada Buletin Online, Emerald Lake Resort adalah berkonsepkan kepada penggunaan hartanah yang mempunyai pelbagai monumen Islam seperti Masjid Besar Agadez, Nigeria dan ‘Aleppo Citadel’ di Syria. Hal ini sama seperti konsep Taman Tamadun Islam yang menempatkan pelbagai replika masjid seperti Masjid Nabi dan Masjid Al Haram (Arab Saudi), Masjid Agung (Samarra, Iraq), Masjid Abu Nasr Parsa (Afghanistan) dan Masjid Shaykh Lutfallah ‘Dome of Rock’ (Baitulmaqdis). Ini menggambarkan konsep Taman Tamadun Islam adalah sama seperti dengan Emerald Lake Resort iaitu berkonsepkan kepada monumen-monumen islam.
3.3.1 Nilai yang ditonjolkan : Peniruan idea
Peniruan idea merupakan perkara yang tidak dapat diterima oleh masyarakat dan boleh mengundang kemarahan pengeluar idea yang asal. Dalam Projek Pembangunan ini, idea yang sama telah digunakan antara pembinaan Emerald Lake Resort dan Taman Tamadun Islam. Kedua-dua projek ini berkonsepkan pembinaan monumen-monumen Islam di serata dunia.
Walaupun kedua-dua projek mempunyai keunikan yang tersendiri, namun konsep yang sama telah digunakan menyebabkan masyarakat dapat membuat perbandingan antara satu sama lain. Hal ini boleh menjejaskan tarikan terhadap sesuatu projek yang dilihat mempunyai kekurangan di bahagian-bahagian tertentu.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa peniruan idea merupakan kesalahan etika yang serius.
3.3.2 Akibat daripada Peniruan Idea
Peniruan idea ini merupakan satu kesalahan yang boleh menjejaskan imej negara dan imej diri kerana mereka yang terlibat tidak dapat menonjolkan idea baru yang kreatif serta memberi pembaharuan kepada pembangunan rekabentuk negara. Hasil kerja yang ditiru juga akan memberi kesan kepada ilham pereka asal. Masyarakat yang membuat penilaian terhadap sesuatu kerja yang telah dihasilkan pasti merasa keliru dengan konsep dan idea yang hampir sama. Hal ini membuatkan pemilik idea yang asal sukar mendapat pengiktirafan atas segala curahan idea yang telah diberikan.
Mereka akan mengangap orang yang meniru idea orang lain adalah orang yang tidak bertanggungjawab kerana mereka berfikiran sempit sehingga tidak dapat melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir. Kesalahan ini menunjukkan pencuri idea tidak mempunyai etika kerja yang baik dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan penat lelah orang lain yang bertungkus lumus menyiapkan sesuatu perkara itu melalui ilhamnya sendiri.
Hal ini juga turut menggambarkan Malaysia mempunyai pusat pelancongan yang mempunyai konsep yang hampir sama di setiap negeri. Bagi pelancong asing mereka akan mengandaikan bahawa pembangunan di Malaysia tidak mempunyai pembaharuan dari segi rekabentuk konsep pembangunan. Para pelancong juga pasti berangganggapan bahawa negara ini tiada keunikan dan tidak membangun kerana hanya berkonsepkan rekabentuk yang sama di setiap tempat.
3.3.3 Penyelesaian: Mempraktik idea-idea baru
Pada era ini, telah lahir banyak golongan-golongan muda yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi. Contohnya seperti arkitek, profesor, dan kontraktor. Mereka ini berkemampuan untuk mengemukakan pelbagai idea baru projek pembangunan negara. Seharusnya kepakaran mereka digunakan sepenuhnya agar dapat dimanfaatkan kepada kebaikan negara.
Negara juga seharusnya mengambil berat tentang peniruan idea-idea dari pembangunan sedia ada. Dengan mengemukakan pelbagai idea baru, ini akan memberikan imej baru kepada negara dalam menuju ke arah pemodenan. Disamping itu, dengan kemunculan idea-idea baru juga dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Malaysia kerana terdapat kelainan konsep pada setiap projek bangunan. Ini secara tidak langsung dapat mengubah pandangan negara luar kepada Malaysia.
Selain itu, dengan menggunakan bakat-bakat yang lahir dari pendidikan sedia ada, akan mengubah persepsi barat yang Malaysia hanya mampu bergantung kepada kebolehan negara barat. Idea-idea yang bernas juga dapat diambil daripada mereka yang berkelayakan atau yang berpendidikan tinggi. Apa gunanya melahirkan generasi yang cemerlang sekiranya mereka tidak berbakti dan mencurahkan ilmu yang dimiliki mereka kepada negara tercinta. Pada hari ini negara telah banyak melahirkan para graduan yang berbakat dan hal ini seterusnya dapat memberi impak positif dalam kemajuan pembangunan.
3.4 Pemasalahan: Kemusnahan alam sekitar
Pembinaan Taman Tamadun Islam ini telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Pada mulanya, pulau yang dikenali sebagi Pulau Wan Man ini adalah sebuah kawasan yang dipenuhi dengan paya nipah. Paya nipah berfungsi sebagai benteng hakisan tanah dan juga sebagai habitat akuatik. Dengan terbinanya pembinaan Taman Tamadun Islam ini telah menyebabkan kemusnahan kawasan habitat akuatik. Di samping itu, ia juga memusnahkan benteng hakisan tanah yang boleh menahan daripada arus air.
3.4.1 Nilai yang ditonjolkan: Sikap tidak mementingkan alam sekitar
Kemusnahan paya nipah merupakan satu kerugian kepada alam sekitar. Ia merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab kerana memusnahkan hasil alam yang dikurniakan oleh Tuhan. Pelaksanaan Taman Tamadun Islam di kawasan perairan Pulau Wan Man telah menyebabkan keindahan pesisiran pulau itu terjejas dan menyebabkan habitat hidupan akuatik di situ turut terjejas. Perkara ini jelas menganiayai hidupan akuatik di kawasan itu.
3.4.2 Akibat Yang Terhasil daripada Kemusnahan Alam Sekitar
Pembinaan taman ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air dan ekosistem seperti ikan dan hidupan sungai. Penebangan hutan nipah pula, telah menyebabkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa-sisa ke dalam sungai. Akibatnya, air sungai tidak dapat mengalir dan menjadi semakin cetek. Perkara ini telah menyebabkan pemandangan cantik perairan di sekitar kawasan itu telah terjejas dan memburukkan pemandangan.
3.4.3 Penyelesaian: Penjagaan alam sekitar oleh setiap masyarakat
Setiap masyarakat seharusnya mementingkan penjagaan alam sekitar agar bumi yang kita tinggal ini berada dalam keadaan yang bersih. Selain itu, sikap ini juga diterapkan dalam nilai agama seperti pepatah melayu, “ kebersihan itu separuh daripada iman”.
Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Enakmen-enakmen Air dengan mengenakan denda atau penjara kepada mereka yang melanggar undang-undang. Pengenaan denda yang dikenakan akan memberi kesan kepada mereka yang terlibat tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan ini seterusnya memberi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan disekolah-sekolah untuk pelajar-pelajar mempelajari kepentingan menjaga alam sekitar. Golongan muda perlu diasuh dari awal lagi supaya mereka dapat menghargai keindahan alam sekitar. Bak kata pepatah, “ melentur buluh biar dari rebungnya”. Pendidikan alam sekitar wajib diterapkan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Mereka perlu diajar tentang kesalahan-kesalahan yang boleh menjejaskan alam sekitar, akta-akta yang diperuntukkan dan cara penjagaan alam sekitar dengan betul.
3.5 Pemasalahan : Peminggiran Masyarakat Setempat daripada Pelaksanaan
Projek
Pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini dikatakan telah meminggirkan masyarakat setempat daripada menyertai pelaksanaan projek ini. Penduduk-penduduk setempat berasa hampa dan kecewa apabila mereka tidak diberi kesempatan untuk turut sama menyiapkan projek itu. Ini berikutan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menyiapkan projek ini telah mengambil pekerja-pekerja asing yang ramai terutamanya dari Indonesia. Hal ini berikutan kadar upah yang perlu dibayar adalah rendah berbanding jika sekiranya mereka menggaji penduduk tempatan. Apa yang lebih mengecewakan ialah apabila ada segelintir masyarakat setempat yang datang memohon peluang pekerjaan di situ telah dilayan dengan kasar oleh pihak-pihak tertentu. Penduduk-penduduk tempatan turut merungut kerana lori yang membawa bahan-bahan untuk pembinaan mengeluarkan bunyi bising yang menganggu ketenteraman awam tidak kira pada waktu siang atau malam.
3.5.1 Nilai yang Ditonjolkan : Tidak Menghormati Masyarakat Setempat
Berikutan rungutan yang telah disuarakan oleh masyrakat setempat, jelas di sini bahawa pihak-pihak tertentu telah “menganaktirikan” masyarakat tempatan dengan mengutamakan warga asing dalm menyiapkan projek ini. Perkara ini menunjukkan nilai-nilai tamak ada dalam diri pengusaha projek ini yang hanya mahu mengaut keuntungan dan tidak mahu melibatkan rakyat tempatan dalam proses pelaksanaan taman ini. Selain itu, pihak-pihak tersebut juga tidak menghormati perasaan penduduk kampung di sekitar kawasan itu yang mana mereka telah mengunakan laluan kampung di situ untuk tujuan pengangkutan bahan-bahan binaan pada setiap waktu iaitu siang dan malam. Pengusaha projek ini juga telah mempraktikkan etika kerja yang salah yang mana mereka telah melayan beberapa penduduk kampung dengan kasar sehinggan menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat setempat.
3.5.2 Akibat Sifat Tamak dan Tidak Menghormati
Berikutan pemasalahan itu, penduduk-penduduk berkenaan telah bertindak membuat laporan ke atas pihak-pihak yang terbabit.Laporan itu mengandungi aduan yang mengatakan bahawa mereka telah dipinggirkan di negeri sendiri serta diberi layanan yang tidak adil. Penduduk-penduduk setempat juga berasa sangat kecewa atas perkara begitu dan terkilan kerana tidak dapat sama-sama melibatkan diri dalam proses pembinaan projek ini serta tidak berpeluang menambah pendapatan. Hal ini bukan sahaja mencemarkan nama baik pihak-pihak yang mengusahakan projek ini malah menghilangkan rasa kepercayaan penduduk-penduduk setempat terhadap ketelusan mereka dalam mengagihkan peluang pekerjaan dan pendapatan.
Pihak pengusaha projek sepatutnya mengutamakan penduduk-penduduk setempat dalam memberi peluang pekerjaan kerana mereka berhak menikmati hasil daripada projek pembangunan itu memandangkan mereka adalah warga tempatan. Peluang-peluang pekerjaan sepatutnya diagih-agihkan kepada mereka supaya mereka dapat menikmati hasil pendapatan sendiri walaupun hanya dalam jangkamasa yang pendek serta mendapat pengalaman mengendalikan projek mega. Pihak-pihak terbabit juga perlulah menghormati kehidupan masyarakat setempat dengan menetapkan jadual pengangkutan pada waktu-waktu tertentu sahaja supaya tida menggangu ketenteraman awam.
4.0 Analisis Pengajaran dan Cadangan Alternatif
Pengajaran pertama yang boleh dijadikan panduan ialah kita perlulah sentiasa peka dengan sensitiviti masyarakat setempat terutamanya berkaitan isu agama Islam. Dalam projek ini, pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini telah mengabaikan nilai agama yang mana tidak memberi fungsi kepada masjid-masjid yang telah dibina sebaliknya menjadikannya sebagai pameran dan tontonan kepada pelancong semata-mata . Hal ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini kerana mereka amat mementingkan penghayatan Islam dalam aspek kehidupan mereka malah merupakan sesuatu yang dilarang dalam agama Islam. Ini adalah salah satu faktor penolakan masyarakat terhadap projek pembangunan ini. Oleh itu, jelas di sini bahawa setiap projek yang bakal dilaksanakan terutamanya projek yang menerapkan unsur-unsur agama Islam perlulah diteliti dari pelbagai aspek agama sebelum dimulakan. Setiap projek pembangunan perlulah mengambilkira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini bagi mengelakkan terjadinya penolakan terhadap projek yang telah dilaksanakan.
Pengajaran kedua yang kami perolehi ialah dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan, setiap pengeluaran modal mestilah berbaloi dengan hasil yang bakal diterima dan dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat. Dalam menjayakan projek ini, pembaziran yang besar telah berlaku yang mana pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini telah menggunakan ratusan juta ringgit untuk membina masjid kristal dan monumen-monumen Islam yang indah tersergam tetapi tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat setempat. Perkara ini juga mengundang kekecewaan masyarakat kerana wang yang telah dilaburkan itu sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan yang lebih penting dan memberi faedah seperti membangunkan ekonomi penduduk setempat, membiayai pendidikan, memperbaiki infrastruktur dan sebagainya. Apa yang boleh dijadikan sebagai pengajaran ialah setiap pelaburan yang dilakukan bagi menjayakan sesuatu projek pembangunan mestilah berhemah iaitu tidak berlebih-lebihan dan dijamin dapat memberi manfaat kepada penduduk secara keseluruhannya. Walaupun terdapat beberapa pihak yang dapat menerima manfaat daripada projek ini,namun jumlahnya adalah terlalu kecil dan hanya bersifat jangka pendek. Oleh itu, bagi mengelakkan kesilapan yang sama berulang lagi, pihak-pihak yang terlibat perlulah meneliti bajet yang telah ditetapkan sebelum membangunkan sesuatu projek dan menganalisis tentang kebaikan yang bakal diterima oleh penduduk melalui projek itu. Jika sekiranya penduduk tidak mendapat apa-apa kebaikan, adalah lebih baik peruntukan-peruntukan yang besar tersebut disalurkan kepada projek-projek yang lebih memberi manfaat kepada masyarakat.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita perlulah menghargai setiap karya, idea atau ilham yang dihasilkan oleh orang lain di atas usaha dan penat lelah mereka untuk menghasilkannya. Perbuatan meniru atau menggunakan idea yang telah dihasilkan oleh pencipta asal adalah melanggari nilai dan etika kerja yang sepatutnya diamalkan. Perbuatan ini boleh meninggalkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan pencipta idea yang asal yang mana idea mereka telah dicuri dan tidak dihargai. Masyarakat juga boleh menilai bahawa idea asal telah digunapakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini boleh menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap pencuri idea. Perkara ini bukan sahaja merosakkan imej diri malah menjejaskan masa depan sendiri kerana pandangan serong masyarakat.Antara cadangan alternatif yang boleh digunakan ialah dengan menguatkuasakan akta-akta yang berkaitan dengan peniruan idea asal. Akta-akta yang telah ditetapkan setakat ini tidak memberi sebarang kesan terhadap pelaku-pelaku kesalahan ini. Oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengetatkan lagi undang-undang yang berkaitan bagi menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang seriusnya kesalahan ini.
Pengajaran yang berikutnya ialah mengenai pentingnya menjaga alam sekitar yang dikurniakan Allah S.W.T. Penjagaan alam sekitar amat dituntut dalam agama Islam dan agama-agama lain kerana sekiranya kita mengabaikannya, kita sendiri yang akan menerima padahnya di kemudian hari. Dalam projek ini, alam sekitar telah dimusnahkan bagi menjayakan projek ini sepenuhnya dan keadaan ini menyebabkan hidupan-hidupan di sungai berkenaan telah kehilangan habitat. Tindakan ini merupakan satu perkara yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berfikir panjang yang mana telah memusnahkan keindahan semulajadi kawasan tersebut. Antara alternatif yang dapat dilakukan ialah dengan memghukum pesalah-pesalah yag didapati merosakkan alam sekitar dengan hukuman yang setimpal.Selain itu juga kerajaan boleh mempergiatkan lagi kempen yang berkaitan alam sekitar seperti kempen “cintailah sungai kita”, dan “kebersihan amalan mulia”. Kempen-kempen ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya alam sekitar dalam kehidupan seharian manusia. Kempen ini perlu diselenggarakan mengikut pelbagai peringkat umur agar mereka dapat menerima tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan berkesan.
Pengajaran yang lain yang kami perolehi ialah, para pengusaha projek pembanguan sepatutnya mengutamakan rakyat tempatan dalam membantu proses pelaksanaan projek-projek mereka kerana rakyat tempatan berhak mendapat hasil daripada projek yang dijalankan di tempat mereka. Selain itu, nilai hormat menghormati perlu ditanamkan dalam diri setiap manusia supaya hidup bermasyarakat lebih harmoni selain dapat menjamin perpaduan sesama kita. Kita juga tidak sepatutnya tamak membolot kekayaan tanpa memikirkan nasib mereka yang lebih memerlukan. Sifat tamak hanya akan mengundang padah dalam diri kerana harta dan kekayaan tidak menjamin kita akan mendapat kehidupan yang bahagia. Kita sepatutnya saling membantu orang yang memerlukan kerana kerana sifat itu lebih menggambarkan peribadi yang mulia serta beroleh keberkatan daripada apa yang disumbangkan kepada masyarakat.
Kesimpulannya, kami dapat memahami bahawa penerapan nilai dan etika yang baik adalah penting dalam usaha menjayakan sesuatu projek atau tugasan. Ini dapat dilihat dalam pelaksanaan Taman Tamadun Islam yang mana banyak nilai-nilai murni yang sepatutnya diambilkira telah diabaikan dan hasilnya telah merugikan banyak pihak. Melalui amalan-amalan nilai dan etika yang baik sahaja yang dapat menjayakan sesuatu projek itu dengan berkesan serta memberi manfaat kapada semua pihak. Oleh itu, kita perlulah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri serta mengamalkan etika yang baik dalam melaksanakan sesutu perkara agar hasilnya memberi kebaikan yang berpanjangan.
LAMPIRAN
Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam bazir wang rakyat
http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/oct2006/05oct02.html
oleh: Muda Mohd Noor
sumber: Malaysia Kini Sep 26, 06 5:38pm
PAS Terengganu menyifatkan projek pelancongan di Pulau Duyong dan Pulau Wan Man bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga mahu "menjual" pulau itu kepada orang luar. Setiausaha Pemuda PAS negeri itu, Wan Sakairi Abdullah berkata, “apa yang rakyat Terengganu terutamanya orang Melayu dapat dari projek tersebut.” “Ia sama seperti Monsoon Cup. Kita tengok memang cantik tetapi apa yang kita dapat.” katanya ketika dihubungi bagi mengulas pembinaan projek Taman Tamadun Islam berharga hampir RM1 bilion di Pulau Wan Man. Kontroversi kejohanan kapal layar antarabangsa ini menjadi berbangkit ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu yang mendakwa menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin dan rakannya Patrick Lim menguasai projek-projek di negeri itu. Salah satu daripada rojek yang disahkan dikendalikan oleh Patrick Lim ialah Monsoon Cup. Projek Taman Tamadun Islam itu mengandungi dewan konvensyen, Masjid Kristal dan beberapa prasarana lain yang bertujuan menarik pelancong luar ke kawasan tersebut. Wan Sakairi berkata, apa keperluan membina Masjid Kristal yang berharga RM250 juta melainkan hanya untuk bermegah-megah. “Kami berpendapat projek Taman Tamadun Islam tidak perlu buat masa sekarang dan kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian kepada membasmi kemiskinan yang masih tinggi di kalangan orang Melayu di kampung-kampung,” katanya lagi. |
| Beliau berkata, mungkin kerajaan negeri melaksanakan projek tersebut untuk memberi wang kepada kontraktor-kontraktor kroni mereka. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali pula berkata, duit yang dibelanjakan untuk projek Taman Tamadun Islam itu adalah dari royalti minyak yang ditarik oleh kerajaan Pusat ketika PAS memerintah Terengganu. “Sepatutnya wang tersebut diagihkan untuk projek pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat seperti dalam bidang pendidikan dan ekonomi,” katanya. Beliau berkata, hanya sekumpulan rakyat terutama kontraktor yang rapat dengan Umno mendapat manfaat dari projek tersebut. Katanya, mengikut perkiraan yang dibuat oleh beberapa kontraktor, harga yang diberikan kepada pemaju projek tersebut sepatutnya jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan. Sementara itu, seorang pegawai Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang menjadi pengurus projek tersebut menolak dakwaan kontraktuar membolot projek tersebut. “Walaupun pemajunya orang luar tetapi ia dibuat oleh anak tempatan. Tujuh dari sembilan kontraktor utama adalah kontraktor bumiputera anak Terengganu termasuk anak syarikat PMINT sendiri,” katanya lagi. |
Projek TTI: Penduduk Pulau Wan Man dakwa terpinggir |
Sep 28, 06 1:23pm http://www.malaysiakini.com/news/57425 |
Penduduk di Pulau Wan Man, tapak Taman Tamadun Islam (TTI) yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Terengganu merasakan mereka "dipinggirkan di negeri sendiri" kerana tidak diberi peluang berkerja di projek berkenaan. Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Losong Atap Zink, Hasan Ismail berkata, kontraktor tempatan yang membangunkan TTI tidak memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan di pulau itu. Menurutnya, kerajaan negeri perlu mengambil tahu hal ini dan bertindak segera menjaga kepentingan dan perasaan penduduk tempatan. "Dalam keghairahan melaksanakan projek tersebut kerajaan Terengganu perlu memastikan penduduk tempatan tidak merasa mereka dipinggirkan di negeri sendiri," tambahnya. Menurut laporan Bernama, Hasan mendakwa, kontraktor lebih mengutamakan pekerja asing sementara penduduk tempatan dianaktirikan. Kebanyakan pekerja di kawasan TTI ialah warga asing terutama dari Indonesia. Beliau berkata pihaknya akan menulis surat kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh untuk memaklumkan mengenai kesukaran penduduk setempat mendapatkan pekerjaan di tapak pembinaan itu dan serta masalah-masalah lain. "Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membawa pembangunan di kampung kami. Tetapi, apa salahnya penduduk tempatan juga diberi peluang mencari rezeki di tapak projek yang diusahakan itu," katanya. Pulau Wan Man berdekatan Kuala Terengganu dan TTI yang dianggarkan bernilai RM1 bilion itu akan menjadi mercu tanda baru bagi negeri itu. Projek itu dijangka siap dibina akhir tahun depan. Antara monumen itu ialah sebuah masjid kristal bernilai lebih RM200 juta. |
| Jan 30, '08 8:53 PM |
Category: | Other |
KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Pulau Wan Man yang sebelum ini sunyi daripada kunjungan ramai, bakal menjadi tumpuan dunia apabila wujudnya taman tema Islam pertama di dunia iaitu Taman Tamadun Islam (TTI).
Terletak di Kuala Terengganu yang baru diistiharkan sebagai bandar raya pada tahun ini, TTI akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke negeri ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan merasmikan TTI yang menelan belanja RM249.3 juta pada 3 Februari ini.
Serentak dengan perasmian itu Perdana Menteri turut melancarkan program Perkampungan Hadhari kira-kira pukul 9.00 malam di tempat yang sama.
Keunikan TTI terserlah kerana menempatkan taman tema yang bakal memperlihatkan 21 monumen seni bina dan keunikan artifak Islam yang unggul dari seluruh dunia di kawasan seluas kira-kira kira 33 hektar.
TTI yang menempatkan model masjid bersejarah antaranya Masjid Al-Aqsa (Palestine), Taj Mahal (India), Al Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan ) dan Kudus Minar (Indonesia), Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Sulayman (Turki), Shaikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Russia) dan Qairawan (Tunisia)
Masjid Kristal pula dijangka menjadi mercu tanda kepada TTI kerana mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang keseluruhannya mempamerkan identiti Terengganu terutama hiasan unik dengan kaligrafi tempatan.
Program Perkampungan Hadhari pada tahun ini pula menjadi titik sejarah kerana menjadi acara pertama diadakan di TTI .
Pemangku Pengarah Unit Komunikasi kerajaan negeri , Ruslan Abdul Rahman berkata, program Perkampungan Hadhari merupakan cetusan idea Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh di bawah anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV9 dan RTM.
Menurut beliau, program tersebut pertama kali diperkenalkan di Terengganu sejak 2005 merupakan satu kaedah pendidikan kepada rakyat untuk menghayati dan memahami pendekatan Islam Hadhari dengan tiga teras utama perkampungan iaitu pameran, penyiaran dan penerangan.
Perkampungan Hadhari pertama dan kedua diadakan di Muzium Negeri, Bukit Losong (2005 dan 2006) dan di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, (2007) yang telah berjaya menarik sehingga 700 ribu orang.
''Pada tahun ini kerajaan negeri mensasarkan kehadiran kira-kira sejuta pengunjung berdasarkan tempat perkampungan yang cukup unik di samping aktiviti yang menarik disediakan untuk pengunjung,'' katanya
Antaranya ialah kehadiran angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada 2 dan 3 Februari ini juga dijangka mampu menarik tumpuan ribuan pengunjung ke program tersebut.
Turut diadakan pameran Hadhari yang diadakan berteraskan 10 prinsip Islam Hadhari dan lapan nilai oleh kerajaan negeri dan JAKIM, manakala TV9 akan mengadakan pameran Al-Risalah.
RTM pula akan mengadakan 14 aktiviti termasuk siaran langsung majlis perasmian pada 1 Februari dan Forum Perdana pada 7 Februari, manakala Selamat Pagi Malaysia, Senamrobik Perdana dan segmen khas pada setiap hari (bermula 9.05 hingga 9.30 pagi).
Lain-lain program menarik di RTM ialah Salam Pantai Timur, Drama Gerak Khas, Janji Diana, Bicara Mufti, manakala TV9 akan menyiarkan rakaman program Halaqah dengan panel Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan penceramah jemputan YB. Dato' Mashitah Ibrahim pada 2 Februari.
Ruslan menambah, sempena perkampungan itu turut disediakan program bersama komuniti anjuran kerajaan negeri dengan TV9 seperti sukan rakyat, gotong royong perdana dan pertandingan mewarna,
Menurut beliau, bagi memudahkan pengunjung ke program perkampungan itu kerajaan negeri turut menyediakan 20 buah bas percuma mulai jam 8 pagi hingga 12 malam setiap hari iaitu dari Shahbandar, Simpang Tok Ku, Mydin Mall dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
Selain itu, kemudahan bot penambang secara percuma turut disediakan iaitu di Seberang Takir dan Shahbandar mulai jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala, Pulau Ketam dan Bukit Datu dari jam 8 pagi hingga 12 malam.
Katanya, kemudahan pengangkutan secara percuma yang disediakan itu bagi mengelakkan kesesakan di samping memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke tapak program.
Sehubungan itu katanya, penduduk di negeri ini jangan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Program Perkampungan Hadhari di TTI yang merupakan satu daya tarikan baru kepada pelancong ke negeri Terengganu Darul Iman.
Dari: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0130&pub=utusan_malaysia&sec=timur&pg=wt_06.htm&arc=hive
Tags: taman tamadun islam, kuala terengganu, pulau wan man, tti, datuk seri abdullah, perdana menteri, abdullah badawi, perkampungan hadhari, masjid al-aqsa, taj mahal, al hambra, menara kaylan, kudus minar, masjid samarra, kompleks sulayman, shaikh lutfallah, masjid xian, kul sharif, qairawan, masjid kristal, kaligrafi, ruslan abdul rahman, idris jusoh, datuk seri idris, jakim, tv9, rtm, bukit losong, kelab teluk warisan, pulau duyong, al-risalah, pameran al-risalah, forum perdana, senamrobik perdana, halaqah, mashitah ibrahim, dato' mashitah, shahbandar, simpang tok ku, mydin mall, udm, seberang takir, pulau ketam, bukit datu, terengganu, darul iman
|
| Jan 29, '08 10:13 PM |
Category: | Other |
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memberi jaminan jalan ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini yang kini giat dibina bermula di hadapan Muzium Negeri di Losong akan siap awal Februari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh, berkata jalan empat lorong sepanjang satu kilometer itu akan siap sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan TTI pada 3 Februari ini.
Beliau berkata, pembinaan jalan itu adalah untuk memudahkan pengunjung ke Perkampungan Hadhari di TTI bermula 1 hingga 9 Februari ini yang dijangka menarik lebih sejuta pengunjung.
"Berbanding Perkampungan Hadhari selama tiga hari tahun lalu yang berjaya menarik lebih 600,000 pengunjung, tahun ini kita menjangka menerima kehadiran lebih sejuta pengunjung.
"Oleh itu, selain kemudahan jalan baru ini, kita juga menyediakan kemudahan pengangkutan seperti bot dan bas perantara yang disediakan di beberapa lokasi," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Ladang, di sini semalam.
Beliau berkata, bagi mengurangkan kesesakan trafik, pengunjung boleh menaiki bas perantara di Chabang Tiga, selain menggunakan bot dari Jeti Shahbandar ke TTI secara percuma.
"Kita tidak galakkan orang ramai memandu kenderaan sendiri kerana kesesakan trafik akan berlaku dan tidak dapat dielakkan. Justeru, orang ramai dinasihatkan menggunakan kemudahan pengangkutan disediakan yang lebih selesa, cepat dan mudah," katanya.
Beliau berkata, Perkampungan Hadhari keempat itu juga menyediakan beberapa kelainan dan tarikan baru antaranya kemunculan Angkasawan Pertama Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.
"Selain itu, kita juga menjemput qari dari Malaysia, Iran dan Mesir serta Imam Besar dari Makkah untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran sepanjang waktu maghrib di lokasi acara," katanya.
Wan Hisham berkata, program itu juga dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi lokasi pelancongan menarik di negeri ini sekali gus menyumbang peningkatan ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan tempatan.
Beliau berkata, TTI yang mempunyai 21 replika monumen Islam terkenal dari seluruh dunia, termasuk Masjid Kristal dibina dengan kos RM249.3 juta yang dibiayai kerajaan Persekutuan.
Katanya, projek itu bukan saja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tetapi mercu tanda baru kebangsaan yang mampu mengamit pelancong antarabangsa melawat negara ini.
Dari: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20080129091450/Article/
Terengganu Bina Monemun Silam Tamadun Silam
Oleh Mohd Zahani Sulong
KUALA TERENGGANU -- Kerajaan Terengganu akan membelanjakan RM200 juta untuk membina Taman Tamadun Islam di Terengganu bagi mendidik generasi baru mengenal tamadun Islam menerusi dasar Islam Hadhari dan Terengganu Bestari.
Taman itu dianggap paling unik dirantau ini akan menempatkan 21 buah replika monumen dan seni bina Isam terkenal pada abad lampau yang masih disanjung kehebatannya hingga sekarang dan dikenang sepanjang zaman oleh masyarakat seluruh dunia.
Produk itu juga lebih menekankan soal pendidikan umat Islam mengenai kemerlangan sejarah dan kegemilangan tamadun Islam.
Ia juga akan menjadi produk pelancongan bagi menarik pelancong dalam dan luar negara supaya berkunjung ke Terengganu bagi menyaksikan kegemilangan Islam dengan lebih dekat.
Bagi menjayakan projek tersebut Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diberi tugas sepenuhnya bagi melaksanakan tanggungjawab penting ini untuk membina taman berkenaan.
Taman itu akan dibina diatas kawasan seluas 81 ekar dimana 18 ekar didaratan dan 63 ekar lagi di kawasan air, termasuk sebuah masjid kristal terapung ditengah sungai berdekatan muara Terengganu.
Antara monumen Islam akan mengisi geleri taman itu ialah replika Masjid Nabi, di Madinah, Masjidil Haram, Mekah, Kul Shariff, di Tatarstan, Rusia, Masjid Jamek di Malaysia, Masjid Kudus Minar, Jawa Indonesia, Pattani Centre Palace, Thailand, Masjid Sultan Umar Ali Saifudin, Brunai, Taj Mahal, India, Badshahi, Pakistan, Kalyan Minaret, Uzbekistan.
Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan, Masjid Syaikh Lutfalah, Dome Of The Rock, Jurusalem, The Great Mosgue, Samara, Iraq, Al Hambra, Spain, Masjid Muhammad Ali, Mesir, Sulayman Complex, Turki, Aleppo Citadel, Syria dan banyak lagi masjid dan monumen indah didunia akan dipilih menjadi konsep pembinaan taman itu.
Kerajaan Terengganu dalam saytu kenyataan berkata, langkah itu bagi meningkatkan usaha membangunkan negeri ini selaras dengan dasar dan matlamat Islam Hadhari dan Terengganu Bestari.
Ia juga dibangunkan sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi Pengerusi Persidangan Pertuduhan Negara Islam (OIC) selain menjadi taman tema, pusat pembelajaran, pusat kebudayaan dan pusat tarikan pelancong bertaraf dunia.
“Sekurang-kurangnya 21 replika bersejarah akan dibina disitu bagi membolehkan orang ramai melihat dan memahami kehebatan tamadun Islam dengan lebih dekat,” kata kenyataan itu.
Ini kerana, kata kenyataan itu, bentuk replika masjid dan bangunan-bangunan bersejarh diseluruh dunia, termasuk bentuk dewan perkahwinan masyarakat Islam akan turut dibina, termasuk bentuk konsep Istana Arab masa silam.
“Pakar perunding akan dilantik oleh PMINT tidak lama lagi bagi memulakan tugas menyediakan reka bentuk berkonsep taman-taman lain bertaraf antarabangsa seperti movie world dan sea world di Australia.
Lokasi yang dikenal pasti oleh kerajaan negeri bagi membina taman tersebut ialah Pulau Wan Man yang terletak berdekatan dengan ibu negeri, Kuala Terengganu dan muara sungai Terengganu.
Pulau berkenaan dipilih kerana mempunyai sejarahnya tersendiri ketika pahlawan Terengganu berlindung bagi mempertahankan negeri Terengganu pada masa lalu selain keindahan, dikelilingi ketenangan air sungai yang dibelai oleh angin laut Cina Selatan.
Lokasi itu juga meninggalkan titik sejarah suka duka sebahagian kaum nelayan Terengganu yang terkenal tidak pernah mengenal takut untuk menghambakan diri pada laut bagi mencari rezeki dan menghidupkan industri makanan laut seperti keropok lekor dan sebagainya.
Usaha membina taman itu ibarat setitik idea ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi membebaskan Terengganu dari kemunduran dan memunafaatkan sumber alam untuk menlahirkan sumber ekonomi rakyat dan negeri.
Bagi melihat Dasar Islam Hadhari dan Terengganu Bestari mencapai kejayaan cemerlang bagi mengajar, mendidik serta menunjukkan cara-cara kepada pemimpin Pas bagaimana untuk memajukan negeri apabila mendapat kuasa mejoriti daripada rakyat.
Idea baik ini lahir hasil penat lelah bagi memenangkan BN setelah Pas gagal memerintah selama lebih empat tahun oleh sekumpulan ulamak yang bercakap besar, angkuh dan sombong serta mendakwa diri mereka sangat bijak dan hebat kerana memerintah berteraskan Al Quran dan Sunnah.
Tetapi akhirnya rakyat Terengganu terpaksa memikul beban penderitaan yang sangat berat bila kerajaan yang dipimpin oleh sekumpulan ulamak tidak berbuat atau melakukan sesuatu bagi memajukan negeri dan rakyat.
Rakyat Terengganu melihat bagaimana pemikiran ulamak dan pemimpin Pas bagaikan kering tandus mengendalikan pemerintahan, akhirnya mereka menjadi zalim, kejam dengan menindas, mengkhianati hak rakyat dan pelbagai penyelewengan setelah menyedari kelemahan mereka terbongkar dan mereka mengambil kesempitan yang banyak bagi mencari keuntungan diri.
Pemikiran bagaikan syaitan dan iblis kerana setiap hari memikirkan bagaimana untuk mencari kesalahan orang lain, bagaimana untuk memburuk-burukkan orang lain bagi menutup kebodohan diri dan akhirnya mereka dilihat sebagai manusia dilanda penyakit kering idea dan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap agama, rakyat dan pemerintahan.
Ulamak Islam, terutama dalam bidang Aqudah Islamiah sejak dulu lagi mengingatkan manusia supaya jangan bersubahat dengan syaitan mencari-cari atau mengintai-ngintai dengan tujuan untuk mengaibkan mereka kerana padahnya sangat berat, termasuk kering otak dan tidak mampu berfikir sebagai manusia yang waras pemikirannya.
Islam juga mengenal pasti salahlaku seperti itu akan menjadikan kehidupan sentiasa menghadapi tekanan akibat hilang bijaksana, memiliki hati yang keras selain terpisah jauh dari ululalbab, selain hilang upaya bagi melaksanakan tanggungjawab kecil dan besar dengan telus.
Pemimpin UMNO dan BN sering kali memaafkan kesalahan berat yang dilakukan oleh pemimpin Pas termasuk mengkafirkan mereka, jelas seperti telah dihadiahkan oleh Allah akal dan pemikiran yang cergas bagi melahirkan idea yang indah untuk dinikmati oleh kehidupan pelbagai lapisan manusia dalam menjayakan pembangunan rakyat dan negeri.
Nikmat beginilah yang paling sukar diperolehi oleh manusia dan manusia sering kehilangan nikmat hidup atau sukar mendapat hidayat Allah disebabkan kesalahan seumpama itu termasuk dilakukan melalui lidah, hati dan akal fikiran terhadap manusia lain.
Tiga punca utama dikenal Pas oleh Islam menjadi sebab manusia berkelahi ialah perbezaan politik, harta benda dan adab resam dan perbezaan ini akan menyebabkan manusia sanggup bertindak lebih jauh daripada tindakan mengaibkan semasa manusia.
Dalam kontek ini, para pemimpin Pas patut merenung jauh-jauh bagi mencari kesalahan diri sebelum mencari kesalahan orang lain, mencari salahlaku diri terhadap agama sebelum menuding jari kepada orang lain bagi memperolehi nikmat kehebatan akal, nikmat kehebatan hati daripada Allah.
Pemimpin Pas patut sedar dan menerima hakikat bahawa dengan berkupiah, berserban dan berjubah masih belum memadai bagi menghapuskan sikap sombong, angkuh dan sering menuding jari kepada pihak lain hingga mereka menjerumuskan diri kelembah dusta terhadap agama.
Namun pemimpin UMNO dan BN walaupun sering kali dibenci oleh pemimpin dan penyokong Pas dengan pelbagai nista tetapi nampaknya masih disayangi oleh Allah dan diberi hidayat oleh Allah.
Ini terbukti menerusi pelbagai pelaksanaan perancangan yang banyak berguna bagi melahirkan kesejahteraan umat dan rakyat dibawah kekuasaan kerajaan yang ada sekarang jika dibandingkan dengan pemerintahan Pas di Terengganu sebelum ini dan pemerintahan Pas di Kelantan sekarang ini.
Post a Comment