Header Ads

Masalah dan kelebihan hubungan antara faktor urbanisasi, industrilisasi dan ekonomi, sosial dan alam sekitar.(mjt2053)

Urbanisani adalah berpindahnya penduduk dari desa ke kota, pada umumnya mereka bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan mengadu nasib dikota dan bertujuan untuk mencapai satu tingkat kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Urbanisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan industrilisasi dan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Industrilisasi merujuk kepada perubahan dalam sektor ekonomi sesebuah negara iaitu perubahan kegiatan ekonomi dari kegiatan yang berasaskan sumber pertanian kepada sektor pembuatan dan juga perkilangan sebagai sumber utama pendapatan.

Industrilisasi juga dilihat sebagai pemangkin kepada migrasi masyarakat dari luar bandar untuk berhijrah. Kerana ia menyediakan pelbagai keperluan dalam kehidupan manusia. Proses industrilisasi juga mempercepatkan lagi perkembangan sesebuah kawasan. Contohnya Shah Alam kini berkembang dengan pesat hal ini adalah disebabkan perkembangan industrilisasi yang berlaku di kawasan tersebut. Kelebihan industrilisasi juga dapat kita lihat dengan wujudnya bangunan-bangunan pengcakar langit yang terdapat seperti bangunan KLCC dan KL Tower. Kawasan-kawasan perumahan juga kini semakin teratur dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Antara kesan urbanisasi terhadap alam sekitar adalah dapat kita lihat wujudnya kawasan-kawasan hutan yang di istiharkan sebagai kawasan hutan simpan tujuan ini adalah bagi mengekalkan flora dan fauna. Kesannya dapat juga dilihat di bandar-bandar dimana kini kawasan bandar telah diselebungi dengan kawasan hijau dan juga kebanyakan bandar-bandar mempunyai pemandangan dan juga rekaan landskap yang tersendiri. Antara kesan perubahan industrilisasi terhadap sosial adalah seperti penambahbaikkan kemudahan infrastruktur yang disediakan contohnya stadium bertaraf dunia seperti stadium Bukit Jalil yang pernah berlangsungnya sukan Komanwel, kemudahan ini membolehkan masyarakat turut merasai kemajuan yang berlaku di negara maju lain. Selain itu, kemasukkan teknologi bagi mengerakkan sektor industrilisasi juga telah memberi kesan sampingan terhadap sistem pendidikan dan kesihatan negara. Dimana semakin banyak sekolah dan universiti ditubuhkan terutama di kawasan bandar. Pendekatan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan juga telah diberi penekanan ini adalah bertujuan agar dapat mewujudkan modal insan yang berdaya saing dan dapat mengerakkan sektor industrilisasi yang memerlukan tenaga kerja yang pakar dalam mengendalikan mesin dan jentera yang berteknologi tinggi. Pusat-pusat perubatan juga di perbanyakkan dan diberi penekanan terhadap penggunaan teknologi dalam perubatan contohnya Tele-perubatan. Keadaan ini menunjukkan perkembangan urbanisasi yang berlaku memberi kesan secara tidak langsung kepada perkembangan sosial.

Namun permasalahan yang wujud akibat terlalu tertumpu kepada sektor industri menyebabkan berlakunya kekurangan dalam sektor pertanian. Dimana impak yang dihadapi ini menyebabkan kekurangan tenaga kerja bagi mengerakkan sektor pertanian dimana masyarakat tidak lagi berminat untuk mengusahakan sektor pertanian hal ini memberi kesan kepada sektor terbabit yang merupakan antara penyumbang utama dalam pengahasilan sumber makanan negara. Contohnya negara terpaksa mengimport beras dari negara jiran iaitu Thailand bagi memenuhi keperluan masyarakat. Hal ini adalah disebabkan penghijrahan masyarakat dari desa ke bandar bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan di bandar. Masalah lain yang wujud adalah lebihan permintaan terhadap penempatan keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah penempatan setinggan. Dimana imigran-imigran ini akan membina penempatan di atas tanah rizab kerajaan tanpa keperluan asas yang mengcukupi seperti sistem perparitan, perairan dan sumber bekalan elektrik hal ini akan mengundang kepada masalah penyakit seperti demam denggi, dan taun. Akibat dari kebanjiran dan kepadatan penduduk dikawasan ini menyebabkan wujudnya masalah sosial dikalangan masyarakat seperti perlakuan sumbang mahram, pecah rumah, samun, lumba haram, penagihan dadah dan kegiatan tidak bermoral. Hal ini tidak dapat diatasi dengan mudah kerana kekurangan anggota penguatkuasaan disamping itu juga negara memerlukan perbelanjaan yang besar bagi mengatasi masalah ini.

Masalah yang berikutnya adalah masalah berkaitan alam sekitar dimana kegiatan urbanisasi secara langsungnya memberi kesan terhadap alam sekitar dimana bagi mengimbangi perubahan yang berlaku secara tidak langsung akan berlaku pengubahsuaian terhadap pandang darat fizikal. Dimana kawasan hijau dan hutan dibuka keadaan ini secara tidak langsung akan menggangu sistem ekologi bumi. Wujud masalah seperti tanah runtuh, pencemaran udara akibat pelepasan asap-asap dari kilang dan juga karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor.

Masalah pencemaran air juga antara masalah berantai yang sering berlaku. Keadaan ini menyebabkan negara kekurangan sumber bekalan air bersih kerana sumber air semula jadi mengalami gangguan dan juga penebangan hutan yang tanpa kawalan. Masalah pulau haba juga antara masalah yang sering menjadi isu utama dalam agenda pentadbian negara pada masa ini. Hal ini adalah disebabkan bangunan tinggi bercermin ini menyebabkan haba yang terhasil terpantul keadaan ini menyebabkan kawasan bandar mengalami cuaca yang panas.


Kesimpulannya masalah yang timbul ini mempunyai kelebihan dan juga keburukannya. Oleh itu kita haruslah peka dalam merancang pembangunan yang ingin di jalankan bagi memastikan pembangunan yang ingin dirancangkan dapat memberi kebaikan sepenuhya kepada masyarakat pada umumnya.

3 ulasan

Syariniey Amran berkata...

3ma kasih!!
point anda membantu!!

Tanpa Nama berkata...

tQ for the info

Tanpa Nama berkata...

Impressive researched