Header Ads

Cadangan untuk membolehkan proses urbanisasi dapat dijalankan secara mampan.(mjt2053)

Proses urbanisasi yang mampan adalah "Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Untuk mencapai tujuan ini, pembangunan sosial dan ekonomi serta penambahbaikkan alam sekitar mesti disepadukan supaya keperluan manusia dapat dipenuhi secara seimbang". (Sumber - World Commission on Environmental & Development 1987). Oleh itu, beberapa aspek ini haruslah diberi penekanan bagi membolehkan proses urbanisasi dapat dijalankan secara mampan.
Cabaran pertama bagi mewujudkan proses urbanisasi secara mampan ialah dengan mengawal pencabulan terhadap flora dan fauna. Contohnya, penebangan pokok atau kawasan hutan bagi tujuan pembangunan atau keperluan dalam industri perkayuan. Dimana setiap pokok yang hendak ditebang haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan haruslah mendapat permit daripada pihak kerajaan negeri atau badan-badan yang berkaitan, Sebelum sebarang kerja penebangan atau penarahan dijalankan.
Cabaran kedua adalah dengan memastikan proses urbanisasi yang dijalankan menitikberatkan keperluan sosial manusia seperti pendididikan, kesihatan, peluang pekerjaan, dan juga kebajikan. Pendidikan penting dalam menjana modal insan oleh itu keciciran pendidikan dikalangan remaja kita haruslah disifarkan. Manakala kesihatan pula adalah bagi memastikan negara ini bebas dari segala penyakit yang boleh membantutkan proses urbanisasi yang direncanakan. Elemen ini penting bagi kita memastikan bahawa pembangunan yang kita rencanakan ini seimbang.
Cabaran yang seterusnya adalah dengan mengawal proses pembandaran yang bersifat setempat ini adalah bertujuan bagi menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi yang bersifat setempat. Pihak kerajaan juga haruslah mengkaji dan menganalisis terlebih dahulu kawasan yang hendak diterokai ini adalah bagi memastikan projek yang dijalankan dapat dimaksimunkan pengunaanya dikalangan rakyat.
Kesimpulannya, bagi memastikan proses urbanisasi dapat dijalankan secara mampan segala aspek haruslah di pandang berat, samada dari segi perancangan ataupun perlaksanaan dan para pemimpin juga haruslah mengkaji terlebih dahulu sesuatu projek yang ingin dilaksanakan ini adalah bertujuan agar projek yang ingin dijalankan tidak menjadi projek gajah putih ataupun projek yang mempunyai kepentingan kepada sesetengah pihak.

Tiada ulasan