Header Ads

Pengorganisasian Organisasi (MJT3013) 1/9/08

Tajuk: Himpitan komuniti nelayan di Malaysia.
1.0 Takrifan: Komuniti Nelayan.
Komuniti merujuk kepada kumpulan orang yang tinggal disesuatu daerah atau negara, masyarakat, orang ramai, kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang serupa. Manakala mengikut Kamus Dewan ia memberikan maksud sebagai kumpulan atau di sesuatu tempat ataupun di sesuatu negara.
Oleh itu, secara amnya komuniti dapat difahamkan sebagai sebuah kelompok sosial yang bilangan ahli-ahlinya sama ada kecil ataupun besar dalam suatu kawasan tertentu serta hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini pula mempunyai pemimpin-pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu dengan tujuan mewujudkan suatu keadaan yang harmonis.
Manakala nelayan pula merujuk kepada mereka yang mencari pendapatan dengan menangkap ikan atau hidupan laut termasuk siput. Pendapatan mereka dari aktiviti menangkap ikan adalah lebih banyak dari aktiviti lain. Di Malaysia, nelayan di bahagi kepada 2 kategori iaitu nelayan pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak pada jenis alat tangkapan dan jarak jauh kawasan tangkapan mereka dari pantai.
those communities that manage and control their destiney based on a realistic and well thought thourgh vision. Such a community based on management and conrtol approach requires a process be instituted within the comunity that effectively uses knowledge systems to direct change and determine appropriate course of action. (Shaffer. 1995:148)
Mengikut pendapat Shaffer komuniti yang boleh diurus dan dikawal mampu mencorak berdasarkan logik dan angan-angan. Komuniti merupakan sebuah organisasi yang dibentuk dalam mengumpulkan masyarakat sesuatu kawasan bagi membantu mengeratkan hubungan dan kesefahaman antara masyarakat. Terdapat kelebihan apabila komuniti dibentuk ianya amat berfaedah kepada masyarakat. Contohnya, jika sebuah masyarakat nelayan membentuk komuniti nelayan maka hubungan antara mereka semakin erat ahli didalam komuniti tersebut dapat membantu ahli-ahli yang mengalami masalah supaya kesemua ahli tidak mengalami masalah.apabila komuniti dibentuk,seperti mana diperkatakan oleh shaffer memberi perhatian terhadap sebelum dan selepas kebajikan yang diterima individu dan masyarakat. Ini bermakna komuniti yang dibentuk mampu memberikan kebajikan terhadap individu dan masyarakat didalam komuniti nelayan terbabit.

2.0 PENDEKATAN TEORI DALAM KOMUNITI NELAYAN
TEORI PERGANTUNGAN
Sunkel (1969) melalui teori pergantungan menyatakan penerangan ke atas soal pembangunan ekonomi sesebuah negara terutama dari segi pengaruh luaran ke atas polisi pembangunan sosial. Ia menyentuh kepada soal politik, ekonomi dan budaya. Mengikut Sunkel pembangunan ekonomi begitu penting bagi sesebuah negara. Dengan mengambil contoh komuniti nelayan, kita dapat menggambarkan pendapatan komuniti ini yang tidak menentu. Ini kerana nelayan bergantung sepenuhnya kepada keadaan laut. Sekiranya laut bergelora hasil tangkapan nelayan pada hari berikut merosot lebih-lebih lagi bagi bot-bot kecil mereka langsung tidak turun ke laut untuk menangkap ikan ini kerana keadaan ini berbahaya kepada keselamatan mereka. Akibat pergantungan komuniti nelayan terhadap keadaan cuaca sepenuhnya menyebabkan secara tidak langsung ekonomi mereka juga tergantung keadaan ini menyebabkan berlaku skala pendapatan yang berbeza setiap bulan dikalangan nelayan. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 48)
TEORI MODENISASI
Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif terhadap perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz 1989: 197).


3.0 Tujuan:
Kertas kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi kalangan komuniti nelayan pada masa kini, terutama ketika ekonomi dunia yang tidak stabil dan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan pendapatan komuniti nelayan pada masa kini. Ini kerana sub sektor perikanan memainkan peranan penting dalam membekalkan bekalan protein yang murah dan berterusan kepada semua oleh itu. Berikut merupakan beberapa isu yang akan dibincangkan dan masalah yang sering dihadapi oleh komuniti nelayan.

4.0 Masalah Yang Menghimpit Nelayan.
1. Sistem yang tidak efisien.
2. Penyeludupan diesel.
3. Kuota minyak diesel bersubsidi yang tidak mengcukupi.
4. Masalah pekerja asing.
5. Pendidikan
6. Ketiadaan kemudahan asas-tiada tempat pendaratan, kilang ais atau awet dingin.

5.0 Cadangan
1. Agropelancongan
2. Industri Kecil dan Sederhana

Masalah Yang Menghimpit Nelayan.
1.0 Sistem yang tidak efisien
‘Persatuan Nelayan Miri (PNM) kecewa dengan kaedah pelaksanaan sistem minyak subsidi (e-Petrol) yang gagal berfungsi secara konsisten’’. ( Sumber: MIRI 21 Julai 2008 Utusan Malaysia Online ). Sejak peningkatan harga minyak pada akhir-akhir ini meninbulkan satu isu di arena perikanan di negara. Iaitu masalah pemberian dan penerimaan minyak bersubsidi. Dimana terdapat di kalangan nelayan yang mendakwa tidak mendapat bekalan minyak diesel.
Sumber: Utusan Malaysia Jumaat 10 Mac 2006
Gambar diatas merupakan gambaran kepada sistem e-petrol, dimana kad e-diesel hanya perlu dimasukkan dalam PDA untuk dibaca sebagai satu proses tranksaksi dan butirandicetak oleh pencetak.
Apakah puncanya???. Hal ini berpunca daripada sistem e-diesel yang diperkenalkan oleh pihak LKIM. Kerana sejak peningkatan harga minyak baru-baru ini banyak penyelewengan minyak bersubsidi berlaku dikalangan nelayan yang mengambil kesempatan dengan menjual minyak dan memperolehi sumber pendapatan yang mudah.
Oleh demikian pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi mengawal pembelian diesel bersubsidi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini dengan memperkenalkan sistem e-pendaratan dan e-diesel.
Sistem e-pendaratan memerlukan nelayan membuat pendaftaran rutin melalui sistem komputer dan mengisytiharkan jumlah tangkapan kepada pegawai LKIM sebelum dibenarkan menggunakan kad e-diesel untuk mendapat bekalan diesel untuk hari seterusnya. Sistem e-pendaratan ini juga sering menyebabkan berlaku kesesakan terutamanya pada waktu kemuncak pendaratan ikan.
Dimana melalui sistem e-Pendaratan memerlukan nelayan mendaftar pendaratan ikan mereka pada setiap hari. Keadaan ini menyebabkan nelayan terpaksa mendaftar ikan yang didaratkan ini melambatkan proses penjualan ikan kepada para peraih. Seterusnya menyebabkan ikan menjadi tidak segar keadaan ini menyebabkan nelayan terpaksa menjual kepada peraih pada harga yang agak rendah.


Sebahagian daripada nelayan melepak dan menunggu giliran untuk mengisi subsidi yang tidak mencukupi di jeti LKIM, Kuala Perlis- Sumber: Utusan Online Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL, Gambar FAIZAL ABU HASSAN
Namun sistem e-diesel yang diperkenalkan ini tidak berfungsi seperti yang dirancangkan. Dimana sistem yang diperkenalkan ini sering mengalami gangguan seperti sistem yang sentiasa ralat dan masalah kad pintar yang tidak dapat di imbas ataupun tidak dapat dibaca.
Masalah ini menyebabkan kesukaran daripada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk memberi bekalan minyak bersubsidi kepada nelayan. Ini kerana mengikut prosedur yang diperkenalkan mewajibkan setiap data nelayan yang ingin mendapatkan bekalan minyak bersubsidi harus diimbas datanya terlebih dahulu dan disimpan.
Ini bertujuan agar tidak berlaku penyelewengan di kalangan nelayan ketika mereka mendapatkan bekalan minyak bersubsidi. Bermakna sekiranya kad pintar tidak dapat dikenal pasti maka nelayan tidak layak mendapat minyak pada harga bersubsidi. Ini menyebabkan wujud beberapa kesulitan yang dihadapi oleh kalangan nelayan terutamanya ketika sistem mengalami gangguan menyebabkan mereka tidak mendapat bekalan minyak bersubsidi dan terpaksa membeli minyak pada harga yang tinggi iaitu RM2.58 seliter sedangkan harga minyak yang bersubsidi adalah RM1.00 sahaja.
Manakala terdapat juga sesetengah nelayan yang tidak mahu mengambil risiko kerugian dengan memutuskan untuk tidak turun ke laut kerana tidak mampu untuk membayar harga minyak yang tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan harga makanan yang berasaskan hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan lain-lain akan mengalami peningkatan harga yang tinggi. Ini berikutan permintaan terhadap sumber ini dipasaran adalah sangat tinggi.
Keadaan ini juga akan menggangu ekonomi negara kita kerana negara terpaksa mengimport ikan dari negara luar. Contohnya Malaysia mengimport ikan dari negara jiran iaitu Thailand.
“KUALA MUDA 3 Jun - Kira-kira 300 nelayan Kampung Kuala Muda, di sini, tidak dapat turun ke laut sejak tiga hari lalu, gara-gara sistem kad pintar, e-petrol yang mereka gunakan untuk mendapatkan petrol subsidi menghadapi masalah teknikal’’. ( sumber: Utusan online 2008 13 Ogos )

2.0 Penyeludupan diesel.
Punca kepada masalah ini adalah di sebabkan terdapatnya segelintir golongan nelayan yang ingin memperolehi pendapatan dengan mudah. Mereka telah mengambil kesempatan dengan menjual diesel yang diberi subsidi kepada mereka oleh pihak LKIM yang bertujuan untuk meringankan beban kaum nelayan pada hakikatnya.
Namun terdapat segelintir nelayan yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan tanpa berusaha telah menjalankan kegiatan penjualan diesel bersubsidi yang diberikan kepada meraka.
Mereka melakukan penjualan diesel bersubsidi ke negara jiran iaitu Thailand dan Singapura dan juga negeri-negeri berdekatan. ‘Berdasarkan maklumat yang diperoleh, minyak diesel tersebut dijual pada harga RM1.50 seliter sedangkan harga subsidi cuma RM1 sahaja dan 'peraih minyak' pula menjual kepada orang lain pada harga RM2 berbanding harga pada pasaran sebenar iaitu RM2.58 seliter’. ( Sumber: Nelayan jadi lanun diesel subsidi. 2008, Ogos 10. Kosmo. 3.)
Keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah bekalan diesel yang tidak mengcukupi oleh kalangan nelayan. Ini akan menyebabkan masalah besar kepada nelayan kerana tanpa bekalan diesel yang mengcukupi menyebabkan aktiviti mereka terbantut.
Langkah bagi mengatasi masalah penyeludupan ini oleh pihak kerajaan juga sukar untuk mengekang kegiatan penyeludupan diesel. Dimana usaha pengagihan bantuan minyak subsidi oleh pihak kerajaan tidak berjalan dengan lancar walaupun sistem e-diesel diperkenalkan. Ini kerana terdapat sesetengah pihak yang akan mencari jalan agar mereka memperolehi pendapatan dengan mudah keadaan ini menyebabkan berlaku masalah bekalan minyak bersubsidi yang tidak mencukupi.

LAKONAN semula seorang nelayan yang memerhatikan kerja-kerja memindahkan diesel subsidi di sebuah jeti di sebuah negeri di Pantai Timur baru-baru ini. SUMBER: KOSMO AHAD 10 OGOS 2008
Mengikut Michael P. Todaro, ( 1977 ) beliau berpendapat bahawa pembangunan harus memiliki unsur-unsur peningkatan kemampuan untuk memperolehi dan memperluaskan pengagihan barangan asas kehidupan dan meningkatkan taraf kehidupan, bagi banyak peluang pekerjaan, pendidikan, tumpuan lebih dalam usaha meningkatkan nilai kemanusiaan dan kebudayaan. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2)
Disini apa yang dapat kita lihat adalah wujud unsur-unsur pengkhianatan oleh sesetengah pihak yang menganggu kelancaran pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan minyak bersubsidi kepada para nelayan. Masalah yang timbul ini bercanggah dengan pendapat yang dinyatakan oleh Todaro ( 1977 ) itulah yang menyebabkan masalah ini tibul.
3.0 Kuota minyak bersubsidi yang tidak mengcukupi.
Pemberian minyak bersubsidi oleh pihak LKIM dibahagikan kepada empat kategori iaitu ’A’, ’B’, ’C’ dan juga ’D’ . “Bot jenis ‘A’, bot kecil atau pesisir pantai mendapat kuota antara 2,000 hingga 3,000 liter, ‘B’ yang menangkap ikan dalam lingkungan lima hingga tujuh batu nautika, 10,000 liter, C (12 batu nautika) pula 24,000 liter dan bot C2 (30 batu nautika dan ke atas) 28,000 liter,” . (sumber Borneo post online 11.32 am August 09, 2008).
Tujuan langkah yang diambil oleh LKIM ini adalah bertujuan agar tidak berlaku penipuan oleh segelintir nelayan yang tidak bertanggjawab. Dimana terdapat segelintir nelayan yang megubahsuai tangki minyak bot mereka agar dapat mengisi lebih banyak minyak kemudiannya akan menjualnya dipasaran gelap.
Masalah ini berlaku sejak peningkatan harga minyak global dipasaran keadaan ini telah menimbulkan masalah kepada nelayan. Masalah yang dimaksudkan disini adalah kesukaran oleh nelayan bagi mendapatkan bekalan minyak terutama ketika waktu para nelayan ingin turun ke laut pada awal pagi. Terutamanya kepada nelayan kategori bot jenis ”A” iaitu bot kecil dimana mereka terpaksa tunggu lama untuk mendapatkan bekalan minyak lebih malang lagi apabila sampai giliran mereka bekalan yang disediakan habis. Dibawah merupakan kuota diesel yang diluluskan oleh LKIM kepada nelayan mengikut zon penangkapan ikan.
Sumber: Utusan Malaysia Jumaat 10 Mac 2006
Keadaan ini menyebabkan nelayan tidak dapat menjalankan aktiviti mereka. Keadaan ini menyebabkan sumber ekonomi kaum nelayan terjejas teruk. Manakala terdapat juga segelintir nelayan yang mengambil risiko kerugian dengan mendapatkan bekalan minyak yang tidak bersubsidi.
Ada juga nelayan yang memindahkan kos mereka kepada para pengguna dengan menaikkan harga ikan. Keadaan ini akan memberi masalah kepada para suri rumah ataupun sektor yang berkaitan dan menyebabkan pergerakan ekonomi negara menjadi lembap kerana pangguna akan beralih kepada sumber makanan yang lain. Contohnya pengguna akan mengambil kos lepas dengan menjadikan ayam sebagai gantian kepada ikan.
KUCHING: Nelayan di Bahagian Kuching dan Samarahan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan semenjak lima hari lalu kerana kehabisan bekalan diesel. Setiausaha Persatuan Bot Pukat Tunda Bahagian Kuching, Kapitan Tan Boon Ting yang ditemui semalam memberitahu nelayan di Kuching dan Samarahan telah kehabisan kuota minyak diesel bersubsidi bagi bulan Julai yang hanya diberikan separuh daripada jumlah sebenar dan mengesyaki baki kuota itu diberikan kepada nelayan yang beroperasi di Tanjung Manis. (sumber Borneo post online 11.32 am August 09, 2008)

4. Masalah nelayan asing
Baru-baru ini negara kita telah digegarkan dengan masalah kemasukan pekerja asing dari negara jiran yang kini mengalami lambakan pekerja asing dari pelbagai sektor ini kerana upah bagi mengaji pekerja asing adalah lebih murah dari pekerja tempatan. Keadaan ini telah mengugat peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan yang kini ramai dihimpit dengan masalah pengangguran kerana pekerjaan mereka telah diambil alih oleh pekerja asing yang kini semakin mendapat perhatian dikalangan majikan dinegara ini. Sedangkan kerajaan dalam langkah bagi mensifarkan penganggur di negara pada kini.
Hal ini kerana keadaan ini memberi masalah dan juga menganggu pertumbuhan ekonomi negara disamping itu juga masalah gejala sosial juga akan semakin meningkat. Contohnya gejala rogol, mencuri, dan juga Ini berikutan masalah pengganguran yang berlaku menyebabkan masyarakat
Semua sektor pekerjaan sama ada sebagai buruh kasar di kawasan pembinaan dan juga sebagai nelayan juga mengalaminya turut mengalami impak kemasukan buruh asing ke negara.
Peluang pekerjaan negara semakin tinggi persaingannya dengan kemasukan pekerja asing ke negara ini. Baru-baru ini kemasukan pekerja asing ke sektor perikanan negara telah mengugat nelayan tempatan dimana hal ini menyebabkan ramai kalangan rakyat yang mencari pendapatan dan bergantung hidup sebagai nelayan kini terpaksa mencari pekerjaan lain dan ada juga yang menganggur ini kerana mereka sepenuhnya bergantung hidup sebagai nelayan kerana tidak mempunyai modal insan yang lain.
Ini kerana inisiatif yang diambil oleh syarikat perikanan dengan mengupah buruh asing ini adalah bagi mengurangkan kos pembayaran gaji dengan ini syarikat berkenaan akan dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Keadaan ini telah menyebabkan ramai nelayan kita yang selama ini bergantung hidup sepenuhnya dengan menjadi kelasi bot terpaksa mencari kerja lain. Bagi menyara kehidupan seharian lebih perit lagi apabila keadaan ekonomi negara kita pada masa kini yang tidak seimbang.
Berikut merupakan jumlah bilangan nelayan yang bergantung hidup kepada sektor ini

Bilangan Nelayan
Negeri Pulau Pinang mempunyai nelayan seramai 3,723 orang seperti di Jadual



’ IPOH: Beratus-ratus nelayan tempatan di kawasan perikanan tradisional di Pantai Remis dan Pulau Pangkor di daerah Manjung kini terpaksa menganggur berikutan kebanjiran nelayan asing yang berleluasa sejak awal tahun ini.
Keadaan itu berlaku apabila pemilik bot pukat tunda dan jerut yang beroperasi di kawasan berkenaan mula mengambil pekerja asing dari Myanmar, Thailand dan Indonesia menggantikan nelayan tempatan bagi mengurangkan kos.” (Dipetik dan diubahsuai dari:Herman Samsudeen November 21, 2007)

5. Pendidikan
Pada masa kini tahap pendidikan kalangan komuniti nelayan masih lagi berada di tahap yang tidak memuaskan sedangkan negara sedang melangkah kearah sebuah negara maju. Ini kerana terdapat sesetengah golongan nelayan yang tidak memandang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka dan ada juga sesetengah komuniti ini yang tidak memberi pendidikan langsung kepada anak-anak mereka.
Masalah ketiadaan pendedahan terhadap kepentingan pendidikan juga menjadi penyebab mengapa anak-anak nelayan tidak berminat untuk belajar. Kebiasaan mereka mengikut bapa ke laut juga menjadi pendorong mengapa mereka tidak berminat untuk belajar. Terdapat juga kalangan komuniti nelayan yang ingin anak-anak mereka meneruskan kerjaya mereka iaitu sebagai nelayan.
Masalah disini sekiranya golongan pelapis ini tidak mendapat pendidikan yang secukupnya masalah yang timbul adalah mereka tidak dapat menerima arus perubahan kerana mentaliti mereka tidak terdedah kepada perubahan arus perdana. Oleh demikian sekiranya bakal nelayan tidak mendapat pendidikan secukupnya maka mereka sukar untuk menerima perubahan yang dialami dalam sektor perikanan.
Sekiranya keadaan ini berlanjutan negara bakal menghadapi satu masalah yang besar iaitu kekurangan sumber makanan yang berasaskan hidupan laut. Kerana semakin hari permintaan terhadap ikan semakin meningkat oleh itu sekiranya cara penangkapan ikan masih lagi berada di tahap tradisional maka permintaan oleh pengguna tidak dapat ditampung.
Mengapa permasalahan ini berlaku??. Permasalahan ini berlaku disebabkan bakal nelayan kita tidak mendapat pendidikan yang secukupnya maka mentaliti mereka masih rendah terhadap perubahan. Maka tidak menjadi masalah kepada mereka untuk meneruskan cara penangkapan tradisional dan mereka juga berasa selesa denganya.
Keadaan sebaliknya berlaku sekiranya nelayan mendapat pendidikan dan pendedahan yang secukupnya. Mereka akan mempunyai keinginan untuk melakukan perubahan dan meningkatkan hasil pendapatan mereka. Kerana mereka tahu permintaan terhadap hasil laut adalah tinggi oleh itu mereka akan berusaha untuk memenuhi permintaan. Nelayan yang mendapat pendidikan yang secukupnya juga tidak mempunyai masalah dalam mengendalikan peralatan menangkap ikan yang berteknologi tinggi contohnya seperti kapal-kapal dilengkapi dengan pukat tunda, alat radar dan sonar, satelit, komputer dan bilik pengawet dingin




Gambar rajah diatas merupakan contoh-contoh peralatan berteknologi tinggi yang dapat boleh membantu para nelayan meningkatkan lagi hasil penangkapan mereka. Contohnya penggunaan sonar dapat memudahkan pengesanan ikan di sekeliling bot dan juga boleh membantu mengelakkan halangan - halangan di laut. Di samping itu ianya juga dapat meningkatkan jumlah tangkapan kepada nelayan setiap kali turun ke laut kerana tempat yang mempunyai ikan telah dikenalpasti, ia juga menolong menjimatkan masa operasi dan mengurangkan kos kerugian peralatan tangkapan semasa operasi di laut. (dipetik dan diubahsuai dari http:// www.dof.gov.my)


6. Ketiadaan kemudahan asas-tiada tempat pendaratan, kilang ais atau awet dingin (penstoran)
Malaysia masalah jeti pendaratan ikan yang dapat menyediakan kemudahan asas bagi para nelayan masih lagi berada di tahap yang tidak memuaskan. Oleh itu langkah-langkah bagi membangunkan dan menaikkan taraf jeti pendaratan ikan bagi membolehkan bot-bot besar dapat menurunkan hasil tangkapan mereka.

Ini kerana kebanyakan jeti yang terdapat di Malaysia tidak dapat menerima pendaratan bot-bot besar. Hal ini disebabkan kerana kawasan perairan yang cetek dan juga masalah kemudahan sejuk beku yang tidak dapat bagi menyimpan ikan pada kapasiti yang banyak.

Keadaan ini juga menyebabkan penawaran ikan di pasaran berkurangan.Oleh itu bagi sektor perikanan kemudahan asas seperti kemudahan jeti pendaratan, kilang ais awet dingin amat diperlukan dan berada di tahap yang bagus ini adalah agar aktiviti nelayan dapat berjalan dengan lancar.

Jadual 7.17 menunjukkan negara Taiwan, China dan Jepun merupakan negara-negara yang menggunakan jeti pendaratan ikan di George Town, Negeri Pulau Pinang sebagai tempat untuk mendaratkan ikan tuna. Bilangan bot yang mendarat di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000 adalah sebanyak 94 buah dan bilangan ini merosot kepada hanya 36 buah pada tahun 2002. Kuantiti pendaratan dan nilai ikan tuna juga diperhatikan merosot pada tahun 2002 dengan catatan 2,903.7 tan metrik dan RM14,726,119.60 masing –masingnya. Kemerosotan ini berlaku adalah disebabkan kurangnya infrastruktur moden dan lokasi pendaratan ikan yang kurang strategik. Dipetik dan diubahsuai dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Negeri Pulau Pinang, 2002

Berdasarkan petikan dan jadual diatas dapat menunjukkan betapa pentingnya peranan jeti dan kemudahan asas dalam sektor perikanan. Kerana kemudahan ini merupakan tunjang kepada pertumbuhan sektor perikanan negara dan juga penarik kepada bot-bot asing untuk mendaratkan ikan di negara.
Persinggahan kapal-kapal asing sama ada bertujuan untuk menjual hasil tangkapan mereka ataupun bertujuan untuk membaiki kerosakkan kapal dan juga mendapatkan keperluan seperti minyak dan bekalan makanan.
Pelabuhan juga bukanlah berfungsi sebagai pusat pengagihan dan pengedaran ikan, ia juga dijangka dapat menyokong aktiviti pemprosesan ikan berskala besar serta aktiviti perdadangan. Contohnya peranan pelabuhan Tok Bali, Kelantan menyediakan perkhidmatan untuk kapal-kapal nelayan laut dalam yang beroperasi di laut China Selatan dan juga untuk pengeluaran akuakultur. Ia juga dijangka menjadi pusat perniagaan yang berdaya maju. (Abdul Rahin Anuar, Koridor Pembangunan Negara)
KOTA BHARU, 14 Julai (Hrkh) - Projek pembangunan pelabuhan perikanan Tok Bali di Pasir Puteh berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi-agensi kerajaan negeri serta pusat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, projek pelabuhan perikanan Tok Bali dibangunkan di kawasan seluas 108 ekar melibatkan kos sebanyak RM59 juta. Sumber: Harakah 14/7/2008

Cadangan
1. Agropelancongan
Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kawasan pantai dan pasir memutih ibarat permata berkilauan ini antara salah satu kelebihan kurniaan Tuhan kepada tanah bertuah Malaysia dan menjadi penyebab utama pelancong asing untuk melawat Malaysia terutamanya sebelah Pantai Timur Malaysia.
Dengan kawasan pesisir pantai yang mempunyai nilai estetik yang tinggi ini sekiranya dibangunkan dengan perancangan yang rapi ini menjadikannya salah satu tarikan pelancong asing ataupun pelancong domestik untuk menjadikannya pilihan sebagai kawasan pelancongan ini akan dapat meningkatkan lagi pendapatan ekonomi dan mengerakkan industri yang berkaitan seperti kraftangan, batik, pengangkutan di sesebuah negeri.
Penekanan yang diberikan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan komuniti nelayan. Hal ini di bangkitkan adalah disebabkan keterbatasan nelayan untuk turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh ini kerana pada masa ini laut bergelora dan menghalang nelayan menjalankan aktiviti mereka.
Keadaan ini menyebabkan sumber pendapatan mereka terbatas terutamanya pada musim tengkujuh. Oleh itu nelayan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya dan seharusnya cuba mempelbagaikan peluang pendapatan mereka.
Seperti mengusahakan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
Nelayan juga haruslah mengeksploitasi dengan sepenuhnya kemahiran yang mereka miliki. Contohnya membuat hasil kraftangan untuk tujuan cenderemata dengan berasaskan barangan laut seperti gelang tangan yang dihasilkan daripada cengkerang siput.
Dengan ini para nelayan dapat memperluaskan lagi jaringan pendapatan mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil laut oleh itu perubahan angin monsun tidak lagi menjadi alasan kepada masalah kewangan kepada para nelayan.
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa negeri-negeri di Pantai Timur menjadikan musim tengkujuh sebagai cabaran dan bukan halangan bagi melaksanakan program sesuai yang boleh membawa faedah ekonomi kepada rakyat.Perdana Menteri berkata, selalunya musim itu dikaitkan dengan masalah nelayan tidak dapat turun ke laut kerana keadaan bergelora dan hujan serta gambaran pelancong tidak mahu datang ke negeri-negeri di Pantai Timur. ``Ia tidak harus dilihat sebagai halangan kerana kerajaan negeri dan rakyat boleh merancang program sesuai yang boleh mendatangkan pendapatan kepada rakyat,'' katanya semasa berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menganjurkan Piala Monsun Terengganu, di sini hari ini. ( Sumber: Utusan Online 14/08/2008 2.00am).

2.Industri Kecil dan Sederhana
Para komuniti nelayan juga boleh meningkatkan pendapatan mereka dengan menceburkan diri dalam sektor akuakultur iaitu penternakan ikan dalam sangkar. Keterlibatan mereka dalam sektor ini akan dapat menambah pendapatan dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kebergantungan komuniti nelayan terhadap keadaan laut yang tidak menentu.
Dengan kemahiran yang dimiliki mereka berkaitan dengan hidupan akuatik sudah semestinya nelayan mempunyai pengetahuan yang luas berbekalkan pengalaman yang diperolehi.
Disamping itu juga pihak kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan bantuan kepada nelayan yang berminat untuk mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar, kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi berikutan penawaran terhadap hasil laut yang kini semakin berkuranga.
Oleh itu para nelayan disarankan menjalankan perternakan ikan dalam sangkar. Dimana mempunyai nilai komersial yang tinggi sekirannya dibuat secara besar-besaran.
Ini berikutan hasil tangkapan ikan laut yang tidak menentu dan juga hasil tangkapan laut yang kini semakin berkurangan. Menyebabkan sektor perternakan ikan dalam sangkar mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Contoh penternakan dalam sangkar yang boleh diceburi oleh komuniti nelayan adalah seperti ikan keli dalam sangar.
SUNGAI BESAR 3 Ogos - Ikan keli dalam tin yang pertama kali diusahakan secara komersial di Malaysia bakal berada di pasaran September ini.
Pengerusi Agrosynergy Resources, Mohd. Zaki Sungib berkata, beliau yakin produk tersebut mampu mendapat permintaan tinggi berdasarkan khasiat tinggi yang terdapat pada ikan keli.
"Ikan keli yang ditinkan seperti sardin ini merupakan pertama kali dikomersialkan di negara ini. (Sumber: Utusan Online 14/08/2008 2.00am)







6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya sektor perikanan merupakan sektor yang penting bagi negara kita dalam pembekalan bekalan protein. Oleh itu langkah-langkah bagi memastikan sektor ini terus dapat menyediakan bekalan yang mengcukupi kepada penduduk negara ini sepanjang masa amatlah penting.

Berikutan sering berlaku masalah-masalah yang menggangu penangkapan ikan pada masa kini. Seperti baru-baru ini dunia mengalami peningkatan harga minyak yang tinggi menyebabkan golongan nelayan mengahadapi masalah untuk turun ke laut untuk menangkap ikan berikutan minyak subsidi yang diberikan kepada nelayan telah dieksploitasi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menjual minyak yang bersubsidi untuk mendapatkan pendapatan yang mudah.

Oleh hal demikian, masalah ini haruslah diatasi dengan sebaik mungkin kerana ia akan menggangu sektor perikanan negara. Dimana keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah bekalan diesel yang tidak mengcukupi.
Dalam hal ini peranan pihak yang bertanggungjawab seperti LKIM haruslah memainkan peranan bagi mengatasi masalah pengagihan minyak yang selaras dan juga bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan.

Nelayan juga haruslah mempunyai inisiatif yang tersendiri bagi menambahkan pendapatan mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk meningkatkan tahap sosioekonominya.

Tiada ulasan