Header Ads

Perbezaan Bandar Negara Maju dan Membangun

Perbezaan antara masalah yang terdapat di bandar-bandar di negara maju dan negara sedang membangun. Masalah yang dikatakan disini adalah seperti masalah sosial, ekonomi, politik, industrilisasi, dan juga alam sekitar. Dimana setiap permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua negara ini adalah berbeza ini kerana terdapat jurang perbezaan pembangunan yang dihadapi oleh kedua-dua buah negara.
Masalah penempatan yang berlaku di negara maju adalah wujudnya masalah kebanjiran penduduk dikawasan bandar dimana keadaan ini menyebabkan persaingan untuk mendapatkan kawasan penempatan yang selesa dan juga kos sara hidup yang sangat tinggi menyebabkan berlakunya masalah penempatan haram dimana ada dikalangan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang tinggi di bandar-bandar maju. Ini menyebabkan golongan ini mengambil jalan mudah dengan membina rumah sendiri di tanah rizab kerajaan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya penyakit berjangkit seperti demam denggi, taun dan lain-lain ini adalah kerana keadaan persekitaran yang tidak sesuai untuk membina kawasan penempatan. Manakala masalah penempatan yang berlaku di negara sedang membangun adalah berbeza dengan negara maju.
Dimana masalah yang dihadapi oleh negara yang sedang membangun adalah kesukaran bagi membina kawasan penempatan yang baru ini disebabkan kekurangan pakar dalam membina dan merancang bagi membangunkan sesebuah kawasan bagi tujuan pembangunan dimana sebelum pemaju ingin melaksanakan projek mereka perlulah memastikan bahawa susunatur dan pembangunan projek yang ingin mereka jalankan tidak membuka ruang kepada kegiatan jenayah seperti ragut dan samun dan perlu memastikan kebajikan sosial masyarakat dapat dipenuhi. Masalah pembinaan yang terbelengkalai juga sering berlaku di negara membangun ini adalah kerana kurangnya permintaan rumah atau bangunan pejabat berbanding dengan penawarannya. Kesukaran bagi mendapat kebenaran oleh penduduk tempatan juga menjadi masalah ini kerana penduduk tempatan tidak membenarkan pihak kerajaan membina dan membangunkan sesebuah kawasan kerana mereka memikirkan tidak perlu sesebuah kawasan itu dibangunkan. Kerana mereka selesa dengan keadaan mereka dan tidak dapat menerima perubahan dan juga disebabkan kekurangan peruntukan kewangan.
Masalah yang berikutnya adalah masalah pencemaran air. Masalah ini sering berlaku dibandar-bandar negara maju keadaan ini berlaku adalah disebabkan air kotoran dari isi rumah yang dilepaskan kedalam sungai berdekatan. Contohnya Sungai Klang Selangor tercemar disebabkan sampah-sarap di buang kedalam sungai oleh penduduk yang mendiami kawasan yang berhampiran dengan sungai. Pencemaran juga berpunca dari sisa kumbahan toksid yang dilepaskan oleh pihak industri yang tidak bertanggungjawab.
Masalah pencemaran udara juga merupakan antara masalah yang terdapat di bandar-bandar di negara maju. Hal ini disebabkan oleh kesesakan kenderaan bermotor, pesawat dan keretapi di bandar besar. Pencemaran udara juga boleh disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan berhampiran dengan bandar pencemaran udara yang disebabkan oleh debu yang terhasil dari kawasan kuari contohnya kuari di Batu Caves. Antara penyebab kepada masalah pencemaran udara yang lain adalah asap toksid dari kawasan perindustrian yang terletak berhampiran dengan kawasan pembandaran contohnya Shah Alam.

Negara maju juga sering mengalami masalah kepadatan penduduk masalah ini berlaku adalah disebabkan masyarakat tertumpu dan tertarik untuk berhijrah ke bandar ini adalah kerana peluang-peluang yang terdapat di bandar maju, seperti peluang pekerjaan dan kemudahan asas. Penghijrahan penduduk kebandar ini telah menyebabkan berlakunya masalah pengangguran yang kritikal ini adalah kerana permintaan tenaga adalah terhad berbanding dengan penawarannya. Begitu juga dengan masalah kemudahan asas, disebabkan penduduk terlalu ramai menyebabkan kemudahan asas yang disediakan tidak mengcukupi. Contohnya kemudahan jalan raya yang tidak dapat menampung jumlah kenderaan menggunakannya keadaan ini menyebabkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di bandar-bandar negara maju.
Manakala masalah yang dihadapi oleh negara sedang membangun adalah masalah berkaitan dengan kekurangan tenaga buruh bagi mengerakkan sektor ekonomi. Masalah keperluan asas seperti sekolah, rangkaian jalan raya yang elok, dan juga sistem pengurusan juga sering di hadapi oleh negara sedang membangun. Kegiatan peerindustrian juga tidak dapat dijalankan dengan rancak seperti yang dirancangkan ini adalah disebabkan permintaan tenaga buruh yang idak dapat dipenuhi keadaan ini melambatkan proses perkembangan perindustrian di negara sedang membangun.
Apa yang dapat disimpulkan disini adalah semua masalah yang di alami di negara sedang membangun dan negara maju adalah berbeza ini disebabkan tahap pembangunan yang dialami oleh setiap negara adalah berbeza. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini haruslah mengunakan pendekatan yang berbeza.

3 ulasan

Tanpa Nama berkata...

ya saye sangat setuju dgn pendapat perdana menteri malaysia.malaysia sudah menjadi sasaran negara maju pada thn 2020.saye sebagai rakyat ingin memberi candangan ape ktr meningkat perindistrian,pertanian.dan perbangunan yang sangat menyenangkan kan rakyat malaysia yang mempunyai pendapatan yang tinggi atau serdahanah

Tanpa Nama berkata...

saye memberi pendapat ,ape kte semua membuat kempen (rakyat bersatu negar menjadi maju)itu pendapat saye sebagai rakyat yang sangat mencintai negara ku tanah air ku.perdana menteri adalah bapa tranformasi negara yang sangat bijak untuk menjadi kan malaysia negara maju yang lain daripada negara maju di barat atau negara yang serdahana maju

Tanpa Nama berkata...

saye sebagai rakyat malaysia ingin memberi pndapat tentang negara malaysia,malaysia selalu menjadi mata kepada negara miskin kerana malaysia mempunyai mata wang setaraf mata wang dolar.rakyat dan juga saye sebagai rakyat yang amat sayang negara ini saye ingin memberi satu perhatian malaysia negara yang kaya dgn bhn mentah dan bhn kering ape kate rakyat malaysia meningkat mutu produk dan kesihatan produk yang di psar di negara nie atau negara lain.malaysia negara yang berbilang bangsa ,ape kate kte mengabungkan makanan bangsa lain menjadi satu hidangan yang dapat merase makanan kaum lain,bukan sahaja dapat memasarkan produk nie di negara malaydsia juga menjadi tupuan di negara lain