Header Ads

Peranan Kita Dalam Pembangunan

15hb April 2012 (Ahad)-Telah banyak pembangunan dan kemajuan yang kita capai dalam pelbagai sektor. Jika dibandingkan dengan negara lain Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai negara membangun kerana Malaysia kini telah dianggap sebagai negara maju.

Saya amat bangga dengan apa yang telah dikecapi oleh negara pada masa kini, namun untuk entry kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam. Disini saya ingin mengambil kemudahan awam iaitu KTM dan LRT dimana ia merupakan tajuk kajian ilmiah yang saya lakukan pada tahun 2010 bagi membolehkan saya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan dan ia juga merupakan satu kemudahan awam yang mendapat sambutan orang ramai berbanding dengan bas.

Dalam kajian ilmiah ini saya mendapati permasalahan dalam kajian yang saya temui adalah seperti berikut :
1) Stesen @ gerabak mesra OKU.
2) Kekerapan .
3) Masalah Parkir kenderaan.
4) Keselamatan di kawasan menunggu dan kaunter tiket.

Penemuan diatas adalah berdasarkan kajian yang saya lakukan pada tahun 2010. Genap sudah 2tahun kajian ini dilakukan.

Disini saya mendapati penemuan dalam permasalahan ini saya dapat simpulkan bahawa hal berkaitan dengan kekerapan sahaja telah diselesaikan. Iaitu dengan gerabak baru yang dilancarkan baru-baru ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak KTM.

Disini saya ingin mengambil contoh stesen KTM Seri Setia dan LRT Taman Paramount & Kelana Jaya kerana saya selalu melalui dan memerhati perubahan yang berlaku di kawasan ini. Setiap kali saya memerhati kawasan ini saya terfikir masalah ini masih belum selesai. Masalah yang saya maksudkan ini adalah masalah utama iaitu masalah parkir.

Mengapa tidak disediakan kawasan parkir kepada pengguna LRT Paramount. Saya dapati pengguna LRT Paramount yang meletak kereta dikawasan belakang Stesen sering disaman kerana meletak kenderaan dibahu jalan sekitar kawasan perumahan. Mengapa tidak ada pihak yang sedar akan hal ini. Terdapat tanah kosong kenapa tidak dibangunkan.

Kesimpulan entry kali ini saya hanya hendak mengulas berkaitan dengan masalah parkir sahaja. Kerana ia merupakan perkara utama bagi menarik pengguna beralih kepada pengangkutan awam.

Tiada ulasan