Cara Nak Renew SSM
Cara-cara nak renew SSM
Pejam celik – pejam celik sekali baru sedar yang lessen SSM
dah nak expired.
Maka kelam- kabut la dok fikir macam mana nak pergi renew ni.
Masalah bos aku, memang susah nak curi-curi masa nak buat hal peribadi ni…
Nasib
baik, terima kasih Tok Najib sebab wujudkan UTC , maka senang la rakyat marhaen
macam aku ni yang susah nak cuti dan mengharapkan semua benda online saje.
Jadi aku nak share kat kawan2 peniaga kat luar tu step –step
nak renew SSM. Supaya hangpa semua tak susah dan dipermudahkan urusan korang.
Pertama :
1 Owner yang perlu pergi renew.
2) Bawa salinan IC
3)
Bawa SSM original ( yang kulit keras sikit tu )
4)
Isi borang A1 ( nanti encik tempat ambik nombor
tu bagi kan )
TAPI!! Sebab tak mau korang kene berbaris 2 kali, kat sini
aku share kan link borang A1 tu https://www.ssm.com.my/sites/default/files/form/Borang%20A1.pdf . Korang download dan terus isi. Encik nombor
tak akan bagi nombor giliran kalau document x lengkap. Makanya banyak la aku
dengar rengusan dan keluhan orang2 yang dh berbaris lama tu…
Once nombor giliran dah panggil, memang urusan ni settle 15
minit aje..
Kedua : Bayaran
Trade Name – RM60 per year
Personal Name - RM30 per year
Branch (s) - RM5 per year for each branch
Personal Name - RM30 per year
Branch (s) - RM5 per year for each branch
Ketiga: Denda
Kalau korang pergi sehari selepas expire date , korang kene
denda RM 20. Sebabnya:
Bulan pertama selepas tamat tempoh adalah : RM 20
Bulan berikutnya adalah RM 10
Nasib la aku pergi sebelum nak expired. Ralat weh nak bayor
denda tu…
Keempat : Boleh renew online rupanya, CEH!!
Ha, pasni haku tak yah g UTC ni dah…sebab ape? Boleh buat
online ghupenye!! Step nak register online ni konsepnye susah sekali aje
Step 1 : search
http://ezbiz.ssm.com.my
http://ezbiz.ssm.com.my |
Step 2 : Tekan Sign Up ( yang butang hijau )
Isikan maklumat ni dan tekan register.
Step 3 : Korang akan dapat email dari SSM. Print email tu dan bawak ke encik counter SSM tu untuk activate.
Add caption |
Dah settle!! Nak pergi je leceh , pastu bila dah settle tu lancar je semua..So boleh bye2 UTC, tahun depan aku print je renewal copy tu dari rumah…
Post a Comment